Keunikan air terjun lansir, kedinginan dan sayup-sayup pemandangan menghijau disepanjang pendakian ke puncak berembun sentiasa membuat aku rindu. Ingin saja ku ulang semula waktu-waktu indah menyusuri denai dan bermain dengan kedinginan sungainya. Ingin jua ku titip dimana segalanya bermula disaat kau melihat diriku. Apa pikirmu tentang diriku? Apakah diriku layak untukmu? Dan dimanakah lebihnya diriku padamu ketika itu. Aku sering bertanya pada diri...
adakah sudah tiba waktu untukku berhenti berjalan sendiri. kini waktu untukku dipimpin kejalan dan destinasi yang jauh disudut hati ini tidak sekali merestui. payah dan kelu lidahku dan elokku simpan saja perasaan ini. kerana aku hanyalah seorang isteri. ucapanku tidak lagi beerti. pilihanku tidak lagi dijadikan bahan penting. aku dicabar mencari bahagiaku sendiri dari celah-celah kesulitan dan kebohongan jiwa. dari mana harus aku...