Ceria dan gembira meniti jalan-jalan yang kadang2 terasa bagai pulang ke zaman muda remaja..bersama-sama mereka aku rasa bahagia seketika..gelak tawa gurau senda mengisi kekosongan dalam jiwaku. Lambakan assignment dan desakan test2 dan quiz memang tidak dapat dinafikan membuat aku lupa seketika rasa rindu pada insan tercinta. Namun dalam kesibukan itu terselit beberapa detik rasa rindu yang benar-benar mencengkam jiwa. Aku masih rindu rupanya. Walau aku cuba membohongi jiwa sendiri, sebenarnya aku tidak mampu berdalih akan wujudnya rindu itu. Memang payah namun aku harus bangkit dari lena dalam sedar ini. Bangkit mencari diri disebalik arca peribadi yang telah lama aku tinggalkan. Aku terleka dalam kesihatan ini dalam suasana sempurna ini. Aku lupa aku masih dimedan juang. Pernah satu ketika aku gagah berdiri walau penat, sakit, sedih dan airmata menemani siang malamku. Ya Allah, lindungi lah jiwa ini dalam keredhaanMu. Tabahkanlah hati ini sebagaimana pernah jiwaku tabah, cekal dan yakin setahun yang lalu..
Biar bertahun masa mencuri lalu..aku pun entah berada dimana..begitu pantas segalanya terjadi..kehidupan berubah musim..taufan, ribut dan badai melanda segalanya ku tempuh dengan seadanya..aku terima segala yg ditentukan..aku jalani hidup ini dengan penuh semangat walau kadang-kadang aku hampir rebah. Walau pernah beberapa ketika aku rasa hampa dan sedih. Begitu kau tak pernah menyangka aku masih rindu. Aku redahi waktu sukarku dengan beban rindu yg kupikul. Dengan sendu yang tidak bisa kau dengar. Begitu aku rasa kecilnya diriku dan duniaku sempit menghimpit seluruh jiwaku. Aku mencari diri dalam kegelapan itu, mencuba untuk keluar dari medan gelita, mencuba untuk bernafas sebebas-bebasnya. oh tuhan, aku tahu dan aku yakin aku masih rindu. Rindu itu kadang-kadang menyesakkan nafasku, merampas waktu riangku dan menikam-nikam pelusuk sanubari. Kadang-kadang aku bagaikan anak kecil yang belum mengenal erti tabah yang tidak bisa meneruskan hidup. Segalanya kerana rindu itu. Rindu itu juga membuatkan hati kecilku penuh dengan perasaan benci dan cemburu. Bagaimana gugur bintang-bintang dilangit sekalipun, rinduku tidak akan terbalas. Rinduku terbatas oleh takdir yang maha esa. Oh tuhan, aku pohon darimu restuilah perjalananku. Akan sedaya upaya aku cuba untuk membina semula cinta dan bahagia setiap kali ia roboh ditimpa badai kehidupan.