hi..tonight i feel like wanna share my love story with this little boy..i am so proud to be his mother..every mom in this world love their children no matter how naughty they are..we love 'em deeply. after graduated, i spent time, i raised him up with love and caring heart. even though, i scolded him when they wont listen and naughty..when i felt depressed, and forgot that i am a mother. his smiles and laughs treat me greatly and take away all the pressure in life. he's now 3 yrs old..great enough to makes me happy when he's around..we spent most of the time together. and i really hope i could take him with me wherever i am..
Alhamdulillah i've done my 3rd trip at the same mountain. The trip was so wonderful as always. I'm very fond of it's fabulous river. Special thanks goes to my hubby for his willingness to be my FOC porter so that i just got very small rucksack and less tired.We reached Chemerung at 5a.m from Kota Bharu. Only 3 of us..my hubby and En.Kamal. We started our trekking at half past five. The weather was good and we reached Kem B 2 hours later. We've met other expedition members (USM students) at Kem B that have started trekking earlier that night. Our journey continued at 8a.m to Lansir waterfall. Half past noon we already at Berembun peak and around 2.30 p.m we finally reached a campsite. The students stayed at Lansir campsite while me, hubby, en.kamal and guides stayed at jeram lesung.
one of my fav scene @ Sungai Bangang
take a breath at the peak
Jeram Lesung before leaving
Lansir campsite..
memorable place for us..
on track rest
we loved mountain
Orchid camp
Tiba2 hatiku sayu ditambah rasa kagum dengan diri aku sendiri..bila semangat aku semakin luntur, aku kembalikan kenangan sewaktu disemester pertama ijazah hampir 4 tahun yang lalu..dari 4 bulan sampai lah ketika sarat mengandung..aku sendirian jauh dari suami dan keluarga..tiada seorangpun sempat melawat aku ketika itu..lalu aku hadapi setiap kesulitan sendiri. bagi mengurangkan kepenatan ditambah terik matahari aku memilih motorsikal sebagai kenderaan rasmi. tambahan pula, menggunakan motorsikal mampu menjimatkan duit poket. lalu aku tidak hiraukan pandangan serta kerisauan sesetengah rakan-rakan dan pensyarah yang mengambil berat akan keselamatanku. seringkali juga aku keluar malam untuk menyiapkan assignment selain kelas-kelas malam. dirumah sewaku ketika itu sangat lah panas. mungkin juga kerana mengandung membuatkan badanku bertambah-tambah panas barangkali. pulang kelas waktu petang tidak dapat banyak aku lakukan. sampai saja dirumah aku terus mandi dan solat lalu dengan masih bertelekung aku biasanya tumbang lena melayan mimpi. biarpun kata orang tidur petang tidak elok. tapi apakan daya, tenaga aku habis dikerah waktu dibilik kuliah. aku tidak pernah lembik namun sentiasa bersemangat sampai tidak seorangpun pensyarahku yang perasan aku sedang mengandung sampailah aku sendiri yang memaklumkan pada mereka. itupun atas dasar aku akan lambat kekelas untuk membuat pemeriksaan bulanan. alhamdlulillah sepanjang jauh di sana, aku tidak pernahpun mengalami morning sickness. berbelas tingkat dengan selamba aku daki sampai terbatuk-batuk.
aku memang aktif di kampus. tapi tiap petang aku lemah. ditambah pula suhu rumah aku ketika tu sangatlah panas membuatkan aku tiada mood untuk buat assignment atau buat revision. jadi pilihan terbaik aku ketika tu adalah rehat, masak dan kemas rumah selain tidur. tidur aku jarang lewat. jam 9 malam aku akan terus tidur. seawal 4.30 pagi aku sudah bangun dengan rasa segar. penatpun sudah hilang ketika itu. suasana sunyi dan suhupun kembali dingin. waktu itulah aku akan siapkan assignment dan buat revision. di bilik kuliah aku sentiasa ceria. hanya tuhan saja yang tahu dalam diriku. hatiku sering rindu pada suami yang jauh dan kesedihan atas pemergian ibu tercinta sentiasa mengganggu konsentrasiku..memang aku akui aku lebih fragile waktu mengandung. bila tiada orang terutamanya dibilik sewaku ketika roomateku sedang asyik tidur, air matalah peneman setia. membasahi keyboard laptopku. bimbang menggangu tidur roomateku, aku hanya buat revision ditemani cahaya dari laptop. bila perutku makin membesar, bertambah lagi bebananku. tidak senang untuk duduk bersila kerana perut yang sangat tidak selesa. aku hanya terbaring sambil buat revision atau assignment. waktu tu aku hanya ada meja lipat kecil memang tidak selesa.
aku masih teringat akan seorang pensyarah yag agak baik dengan aku. dia sering jadikan aku contoh buat rakan yang lain. dari segi belajar ataupun disiplin aku. aku sangat berterima kasih pada beliau kerana sentiasa membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar. walau kadang-kadang aku rasa putus asa dan ingin saja berhenti belajar. secara tidak sengaja dia selalu memuji aku dan mengatakan aku mampu score A paper dia. untuk pengetahuan readers sekalian, aku ini bukan high scorer. nak dapat A tu agak mustahil bagi pelajar seperti aku. aku hanya mampu melayakkan diri dari satu peringkat ke satu peringkat atas alasan cukup makan je lah. ditambah pula dengan pensyarah berkenaan yang agak tegas dan garang. mula-mula aku sangat takut pada beliau. ia membuatkan aku selalu bersedia sebelum kekelas bimbang dijadikan target untuk menjawab pertanyaan yang pastinya sukar untuk aku jawab. aku masih lagi ingat kata-kata beliau "awak kena yakin awak boleh"..tapi aku tetap rasa biasa-biasa je..aku tahu tahap pembelajaran aku dan rekod sewaktu diploma yang agak teruk. alhamdulillah berkat kata-katanya aku berjaya deans list semester itu dan seterusnya walaupun bukan semua semester. tapi cukuplah jadikan ianya tiket untuk ke peringkat seterusnya.
sebelum terlupa, aku ingin menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakanku sewaktu semester pertama yang benar-benar memahami dan menemaniku ketika itu. memang penuh dengan kenangan pahit dan manis. apapun yang kalian buat sangatlah aku harga. setidaknya kalian mampu buat aku lupa sengsara yang aku tanggung tika itu.
hari ini aku seakan lupa apa yang telah aku lalui 4 tahun yang lalu. itulah permulaan untuk hidup baruku. aku bersyukur atas segala yang dianugerahkan buatku. hari ini jika aku rasa sukar dan payah aku harus mengambil semangat yang pernah mengalir dalam jiwaku 4 tahun yang lalu. aku mampu lawan kepayahan ini. doakan kejayaanku..
lima tahun terus berlalu..namun hati masih rindu. ketiadaan dia sangat aku rasai. namun aku tabahkan hati tahan airmata dari terus mengalir akibat terlalu rindu. sejak kecil tidak pernah berkesempatan mengenali ayah, nenek dan atuk. mereka terlalu lama pergi. aku membesar sepenuhnya disamping mak. jadi dialah segalanya buatku. pernah satu ketika seawal aku mula memasuki sekolah, dia tanyakan padaku..apa perasaanku tiada berayah seperti kawan-kawan yang lain. lalu aku katakan "tiada rasa apa pun". kataku juga "maklah ayah dan maklah ibu buatku. tahun terus berlalu, aku sudahpun dewasa. remajaku berlalu laju sehingga tidak aku sedar waktu yang terbuang itu apakah pengisiannya.
Mencuba untuk kembali melewati sejarah bersamanya. riuh rendah dan segala bebelannya masih terngiang2 ditelingaku. masih aku bayangkan wajahnya yang tenang menunggu kepulangan anak2 di beranda rumah. pelukan dan belaian kasihnya menemani waktuku sampai hujung nyawa. tidak akan aku lupa. rindu tidak akan pernah berakhir walau jasadnya sudah tiada. kehangatan cinta dan kasihnya membawa kami anak-anak pulang. alhamdulillah, hajatnya kami bersatu berkumpul di rumah itu dapat kami tunaikan. cintanya yang menghangatkan rumah itu. memanggil2 kami pulang.
(kenangan terakhir bersamanya..lebih kurang 40 hari sebelum pemergiaannya dan semoga pernikahan ini membahagiakan dia kerana ini yang dia inginkan..hadiah yg terakhir dariku buatnya)
dengarlah mak dari sana..
terima kasih kerana mendidik kami dengan penuh kasih sayang..
dengan ajaran agama yang lengkap..
dan kau sering mendorong kami untuk terus belajar dan belajar
sampai keperingkat tertinggi..
terima kasih kerana membesarkan kami dengan sabar..
kenakalan dan kepayahan kau tanggung sendiri..
doakanlah kebahagian dan kejayaan kami dari sana..