Aku pernah ckp kat hubby aku time aku kat Melaka lg..aku teringin benor nk mandi waterfall..erm, klu bleh sebelom bersalin aku nk gak merasa air sungai yg dingin tu..kat mana aku x peduli..janji dpt mandi manda...memandangkan aku sarat 9 bulan mengandung, aku x pasti samada hubby aku nk tak bawak aku..walaupun harapan dalam hati aku maseh membuak-buak, namun aku simpankan saja melihatkn hubby aku mcm x sebut langsung pn pasai tu...namun tiba satu hari iaitu 27 hb lepas, hubby aku bawak gak aku akhirnya ke jeram linang yg x jauh dari sini bersama 3 org lagi rakannya yg bkerja sbgai nurse..bguslah klu terberanak kat situ, diorang la jd bidan aku..huhu...seronoknya aku menjamah dingin air sungai..walaupun pada aku jeram tu tidaklah seindah air terjun2 yg pernah kulawati sebelum ini, namun tak mengapalah..aku pun tidak berupaya untuk tracking pada saat2 ni..lgpon aku tak boleh membahayakan diri aku dan kandungan aku ni..btw, thanks abg bawakkn i ke situ...thanks a lot...x sangka sempat gak.. :)
hari tu lpas je paper last, aku terus pulang ke kelantan. Hubby aku dh dtg jemput aku sehari sblum abis paper. jadi mlm last tu aku ngan dia check in la.. x smpi pon 3 jam aku jwb paper tu..cepat sungguh. aku terus kluar dewan dn terus pulang ke hotel. time tu hubby aku dh siap2 seme brg..jadi kami pon berangkat la. sebelum tu kami singgah kat umah sewa aku..kata roomate aku ada brg tertinggal..rupa2nya ada surprise tuk aku..diorang belikan hadiah tuk baby..thanks girls....seperti 5 bulan lepas, kami singgah kampung aku kat
kemaman bermalam semalamam disitu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kelantan. beberapa jam prjalanan kami tiba dikemaman. sebelum blik ke umah arwah mak, kami singgah mkn sata dan otak2 kat kuala kemaman. time tu, akak aku dan anaknya aleeya join skali....bestnye dpt mkn sata dan otak2..dh lama aku x mkn mkanan tu..
Ku rangkul erat sisipan perihal
Mencari jawapan
pada setiap soalan kehidupan
Ku tulis atas nota kelmarin,
hari ini dan esok
Ku balut dengan kain harapan
Ku lepaskan ke laut cina selatan
Di hanyut ombak ke negeri lain
Jauh mengembara bersamaku
Memeta arah berarak maya
menyusuri waktu
Disaat laman rahsia
mengajak aku pulang
Mencari jawapan
pada setiap soalan kehidupan
Ku tulis atas nota kelmarin,
hari ini dan esok
Ku balut dengan kain harapan
Ku lepaskan ke laut cina selatan
Di hanyut ombak ke negeri lain
Jauh mengembara bersamaku
Memeta arah berarak maya
menyusuri waktu
Disaat laman rahsia
mengajak aku pulang
Keunikan air terjun lansir, kedinginan dan sayup-sayup pemandangan menghijau disepanjang pendakian ke puncak berembun sentiasa membuat aku rindu. Ingin saja ku ulang semula waktu-waktu indah menyusuri denai dan bermain dengan kedinginan sungainya. Ingin jua ku titip dimana segalanya bermula disaat kau melihat diriku. Apa pikirmu tentang diriku? Apakah diriku layak untukmu? Dan dimanakah lebihnya diriku padamu ketika itu. Aku sering bertanya pada diri ini.
Begitu pantas waktu menyusur laju. Melebihi derasnya air yang mengalir. Aku masih tertanya-tanya apakah rahmat disebalik segalanya yang direncanakanNya ini. Namun yang pasti berkat kedua-dua buah keluarga, kini kita sudahpun menjadi suami isteri dan beberapa hari lagi aku bakal bergelar mama dan kau pula bakal bergelar ayah. haruskah aku namakan kisah ini sebagai episod kedua dalam hubungan kita. ku mohon dari Nya mekarkanlah cinta dihati kita dan semailah rasa tanggungjawab dijiwa kita sehingga kepenghujung usia....bagai kata pepatah "gunung sama didaki, lurah sama dituruni" begitulah harapan untuk kita berdua...
adakah sudah tiba waktu untukku berhenti berjalan sendiri. kini waktu untukku dipimpin kejalan dan destinasi yang jauh disudut hati ini tidak sekali merestui. payah dan kelu lidahku dan elokku simpan saja perasaan ini. kerana aku hanyalah seorang isteri. ucapanku tidak lagi beerti. pilihanku tidak lagi dijadikan bahan penting. aku dicabar mencari bahagiaku sendiri dari celah-celah kesulitan dan kebohongan jiwa. dari mana harus aku dapatkan kekuatan untuk diteruskan esok-esok yang pasti bertambah sukar. kadang-kadang aku hilang punca dalam usaha mencari damai. aku masih lagi dihimpit rasa benci. rasa ingin ku lari hingga ke hujung dunia. ternyata itu hanyalah ceritera yang ku karang sekadar merawat luka yang menjalar dalam jiwa. tiada tempat untukku mengadu rasa yang menghiris perasaan. kerana mungkin aku hanyalah seorang isteri. tempatku hanya untuk disamping dia. walau jantungku seakan mahu berhenti bila difikirkan sampai mati aku disini.ohh tidak. hanya apabila aku seorang isteri. bila mana tidak akan pasti aku berlalu membawa diri. namun ini bukanlah suatu doa aku sebagai isteri dipendekkan ikatan ini. cuma aku mahu pergi. arghh aku celaru ..aku haru.....
senang aku bercerita dari hati
pasrah aku dalam senyuman
lelah aku dalam kegagahan meniti hari
kau sekali-kali takkan mengerti
apa jua pikirku
tersentuh hati ini
rasa saja ingin kuluahkan dengan tangisan
dan aku paling tahu
kau takkan mengerti
kerana sakit itu aku sendiri
kerana kisah itu dalam lingkungan hidupku
bukan kau
sebab itu aku kata
kau takkan mengerti
aku pasti selamanya kau takkan mengerti
mahupun cuba untuk mengerti

dah lame aku x posting....busy ke aku?? tidak........ntahlah kadang-kadang aku xde mood langsung nak blogging..ada satu masa bukan main aktif..huhu....k lah back to the title.....
PREGNANT?????
Are you pregnant?? Am I pregnant??
Are you pregnant?? Am I pregnant??
Lepas je kita dinikahkan bermulalah era baru dalam kehidupan berumahtangga. segala yang kita lakukan tidak lagi melibatkan diri kita sendiri malah perlu difikirkan tentang pasangan tidak kira suami mahupun si isteri. Dua-dua mempunyai tanggungjawab yang berat.
Belum pun sempat inai dijari habis, kata orang masih dalam bulan madu. dah sibuk si kawan2, keluarga dan saudara-mara bertanya " DAH PREGNANT LOM?" well, soalan ni tidaklah menjadi beban kepada yang masih baru berumahtangga. senang je nak menjawab. "awal sangatlah, takkan kot". Tp, bagaimana pula dengan yang dah bertahun mendirikan rumahtangga. mungkinkah tersinggung hati mereka ini. biasanya jawapan yang kita dengar; "xde rezeki lagi nak buat macammana".
Talk bout Rezeki...
memang kita tidak menyangka dalam bentuk apakah rezeki yang Allah S.W.T berikan kepada kita. kadang-kadang kita tak sedar kita sedang menikmati rezeki dariNya. Subhanallah, zuriat itu rezeki yang tidak ternilai. mungkin tidak ramai dikalangan kita yang tidak inginkan zuriat. walaupun susah dan payah kehidupan kita, zuriat adalah harta yang tidak ternilai pemberian Allah S.W.T dan kehadirannya juga akan beserta rezeki untuknya yang telah dijanjikan Allah S.W.T.
teringat cerita arwah emak sewaktu aku kecil-kecil dulu. hidup kami sekeluarga bukanlah senang. sebelum aku dilahirkan iaitu sewaktu arwah emak mengandungkan aku 2 bulan, ayah telah meninggal dunia. sewaktu tu adik beradik aku yang lain masih kecil dan bersekolah. ibu saudaraku meminta supaya kami dibahagi-bahagikan dengan niat hidup emak tidaklah susah lagi. namun, cekal hati ibu berbekalkan kasih sayang yang tidak ternilai, emak tidak ingin anak-anaknya diserahkan kepada orang lain walaupun saudara sendiri. kata emak, " merekalah harta-harta peninggalan arwah". emak ingin membesarkan anaknya sendiri. dengan tulang 4 kerat, emak mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja untuk menyara keluarga. tuhan maha kaya, anak-anak yang dibesarkan emak kini telah pun berjaya. kepayahan hidup emak kini telahpun terbela. berkat kasih sayang emak dan didikan yang sempurna walaupun bukan dengan harta yang banyak, memberi pulangan yang tidak ternilai untuk emak rasai. namun, emak pergi terlalu awal mengadap ilahi. mungkinkah hati emak sudah tenang sekarang. emak pernah berkata, dia tidak inginkan harta dari kami. dia cuma inginkan kami berjaya dunia dan akhirat.lalu tibalah masa untuk dia berehat selamanya.
AM I PREGNANT???
hurmm..to tell ya da truth....2 month dh nk masuk 3 bln i'm pregnant. sebenarnya tidak pernah terlintas di fikiran begini awal aku pregnant. namun tidak pula aku menahan hadirnya. mula-mula aku sedikit terkejut. macam-macam difikiran. gembira...sedih...takut...confuse...dan ternyata aku bersyukur dengan rezeki ini. mungkin aku agak tertekan pada awalnya kerana orang-orang yang aku sayang (keluarga sebelah aku terutama arwah emak) tiada disamping mendengar khabar gembira ini. namun berita ini tetap sampai ke pengetahuan mereka melalui internet dan telefon. betapa gembiranya malah aku lihat mereka lebih gembira dari diri aku sendiri. kakakku di Uk sibuk dah nak post baju-baju baby dan barangan baby dari sana. kakakku dikampung dah beri jaminan nak jaga anak aku kalau aku sambung belajar. ish, diorang ni meriah betul. sekurang-kurangnya sedih jiwa teringatkan arwah emak tidak sempat bermain dengan bayiku kuranglah sikit.
pada bulan pertama, kandunganku mengalami sedikit masalah. namun semuanya kembali normal sekarang. alhamdulillah. sekali lagi aku mendapat berita gembira. aku telah berjaya melanjutkan pelajaran untuk menyambung degree aku yang bertangguh2 selama ni. dah dua kali aku terlepas secara teknikal untuk mengisi borang secara online sebelum ini. waktu tu aku tidak punya komitmen apa-apa. tapi, tuhan maha kaya kali ini tika dan saat aku punya seribu satu komitmen disaat ini juga aku diterima belajar. melihat suami yang mungkin tidak terurus pakainya bila aku tiada, perutku yang akan membesar nanti dan tempat belajar yang agak jauh dari tempat aku tinggal sekarang. oh tuhan, berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini. demi masa depan, aku sanggup berkorban lelah dan rindu yang mungkin menghantui hari-hari aku disana nanti. tanpa kerelaan dan kebenaran suami, aku tidak mungkin dapat meneruskan impianku itu. mujurlah suamiku mengerti dan memberi kata-kata semangat untuk aku. terima kasih abang.
berbalik kepada kisah arwah emak tadi. jika arwah mampu membesarkan aku dan adik beradikku dengan baik, mengapa tidak aku. InsyaAllah, aku juga mampu melakukan sedemikian cuma kisah dan keadaan kami berbeza.