aku memang aktif di kampus. tapi tiap petang aku lemah. ditambah pula suhu rumah aku ketika tu sangatlah panas membuatkan aku tiada mood untuk buat assignment atau buat revision. jadi pilihan terbaik aku ketika tu adalah rehat, masak dan kemas rumah selain tidur. tidur aku jarang lewat. jam 9 malam aku akan terus tidur. seawal 4.30 pagi aku sudah bangun dengan rasa segar. penatpun sudah hilang ketika itu. suasana sunyi dan suhupun kembali dingin. waktu itulah aku akan siapkan assignment dan buat revision. di bilik kuliah aku sentiasa ceria. hanya tuhan saja yang tahu dalam diriku. hatiku sering rindu pada suami yang jauh dan kesedihan atas pemergian ibu tercinta sentiasa mengganggu konsentrasiku..memang aku akui aku lebih fragile waktu mengandung. bila tiada orang terutamanya dibilik sewaku ketika roomateku sedang asyik tidur, air matalah peneman setia. membasahi keyboard laptopku. bimbang menggangu tidur roomateku, aku hanya buat revision ditemani cahaya dari laptop. bila perutku makin membesar, bertambah lagi bebananku. tidak senang untuk duduk bersila kerana perut yang sangat tidak selesa. aku hanya terbaring sambil buat revision atau assignment. waktu tu aku hanya ada meja lipat kecil memang tidak selesa.
aku masih teringat akan seorang pensyarah yag agak baik dengan aku. dia sering jadikan aku contoh buat rakan yang lain. dari segi belajar ataupun disiplin aku. aku sangat berterima kasih pada beliau kerana sentiasa membuatkan aku bersemangat untuk terus belajar. walau kadang-kadang aku rasa putus asa dan ingin saja berhenti belajar. secara tidak sengaja dia selalu memuji aku dan mengatakan aku mampu score A paper dia. untuk pengetahuan readers sekalian, aku ini bukan high scorer. nak dapat A tu agak mustahil bagi pelajar seperti aku. aku hanya mampu melayakkan diri dari satu peringkat ke satu peringkat atas alasan cukup makan je lah. ditambah pula dengan pensyarah berkenaan yang agak tegas dan garang. mula-mula aku sangat takut pada beliau. ia membuatkan aku selalu bersedia sebelum kekelas bimbang dijadikan target untuk menjawab pertanyaan yang pastinya sukar untuk aku jawab. aku masih lagi ingat kata-kata beliau "awak kena yakin awak boleh"..tapi aku tetap rasa biasa-biasa je..aku tahu tahap pembelajaran aku dan rekod sewaktu diploma yang agak teruk. alhamdulillah berkat kata-katanya aku berjaya deans list semester itu dan seterusnya walaupun bukan semua semester. tapi cukuplah jadikan ianya tiket untuk ke peringkat seterusnya.
sebelum terlupa, aku ingin menitipkan ucapan terima kasih buat rakan-rakanku sewaktu semester pertama yang benar-benar memahami dan menemaniku ketika itu. memang penuh dengan kenangan pahit dan manis. apapun yang kalian buat sangatlah aku harga. setidaknya kalian mampu buat aku lupa sengsara yang aku tanggung tika itu.
hari ini aku seakan lupa apa yang telah aku lalui 4 tahun yang lalu. itulah permulaan untuk hidup baruku. aku bersyukur atas segala yang dianugerahkan buatku. hari ini jika aku rasa sukar dan payah aku harus mengambil semangat yang pernah mengalir dalam jiwaku 4 tahun yang lalu. aku mampu lawan kepayahan ini. doakan kejayaanku..
lima tahun terus berlalu..namun hati masih rindu. ketiadaan dia sangat aku rasai. namun aku tabahkan hati tahan airmata dari terus mengalir akibat terlalu rindu. sejak kecil tidak pernah berkesempatan mengenali ayah, nenek dan atuk. mereka terlalu lama pergi. aku membesar sepenuhnya disamping mak. jadi dialah segalanya buatku. pernah satu ketika seawal aku mula memasuki sekolah, dia tanyakan padaku..apa perasaanku tiada berayah seperti kawan-kawan yang lain. lalu aku katakan "tiada rasa apa pun". kataku juga "maklah ayah dan maklah ibu buatku. tahun terus berlalu, aku sudahpun dewasa. remajaku berlalu laju sehingga tidak aku sedar waktu yang terbuang itu apakah pengisiannya.
Mencuba untuk kembali melewati sejarah bersamanya. riuh rendah dan segala bebelannya masih terngiang2 ditelingaku. masih aku bayangkan wajahnya yang tenang menunggu kepulangan anak2 di beranda rumah. pelukan dan belaian kasihnya menemani waktuku sampai hujung nyawa. tidak akan aku lupa. rindu tidak akan pernah berakhir walau jasadnya sudah tiada. kehangatan cinta dan kasihnya membawa kami anak-anak pulang. alhamdulillah, hajatnya kami bersatu berkumpul di rumah itu dapat kami tunaikan. cintanya yang menghangatkan rumah itu. memanggil2 kami pulang.
(kenangan terakhir bersamanya..lebih kurang 40 hari sebelum pemergiaannya dan semoga pernikahan ini membahagiakan dia kerana ini yang dia inginkan..hadiah yg terakhir dariku buatnya)
dengarlah mak dari sana..
terima kasih kerana mendidik kami dengan penuh kasih sayang..
dengan ajaran agama yang lengkap..
dan kau sering mendorong kami untuk terus belajar dan belajar
sampai keperingkat tertinggi..
terima kasih kerana membesarkan kami dengan sabar..
kenakalan dan kepayahan kau tanggung sendiri..
doakanlah kebahagian dan kejayaan kami dari sana..
kehadapan rieyzs,
maaflah mengganggu jiwa-jiwa yang tenang..seharum merbaknya melor pasti meruntun rinduku padamu..maaflah kiranya surat kukirim dikala hatiku bersedih dikala resah dan pilu. sedang waktu gembira waktu suka aku lupa.. Di tengah kelam malam..aku hampir tenggelam.. jiwaku bagai dirasuk rapuh tak bertempat. hanya kau yang memahami. sejak dari dulu. malam ini dia sedarkan aku tentang aku..aku lupa aku masih yang dulu. walau jauh aku merantau, walau 1001 pengalaman aku tempuhi..namun aku masih yang dulu. sunyi itu memang indah jika kita anggap ia bagaikan sebuah seni..seperti puisi yang pernah aku gubah "lukisan kesunyian"..pastinya duka akan berganti bahagia..dalam dunia ilusiku..luka akan sembuh sempurna dengan seni-seni cinta di sebalik kiasan mimpi.. sang pencinta akan datang dan akan pergi bila tiba masa..lalu berhentilah..berhentilah segala pedih yang mengguris..bangkit menongkah lemah ke arah samudera luas mahupun belantara nan hijau..cinta dan bahagia milikku..aku bersedia untuk pulang kerana pastinya ini yang terbaik untuk aku..aku lelah dengan fitnah dunia..dengan sombongnya hidup..aku harus pulang..aku harus pulang..aku tidak mahu terus rapuh lalu gugur.. seiring dengan fajar yang mulai merekah, aku harus berani dan apabila matahari mula terbenam aku akan bangkit kembang mewangi bagaikan si melor..
hatiku diruntun rasa rindu lagi..dirumah ini pernah dihuni oleh seorang wanita yang paling aku sayangi. bila kulihat ke sofa, kelihatan mak yang sedang duduk membaca al-quran. kemudian pandanganku menerjah ke katil, jelas terbayang mak yang sedang melawan sakitnya, nafasnya naik turun payahnya untuk melelapkan mata. batuknya kadang2 agak teruk. aku menemaninya, tak sampai hati membiarkan mak berseorangan melawan sakit. aku urut belakang mak perlahan2. bila mak terlelap sesekali aku merasa nadi mak. bimbang dia akan pergi bila2 masa.
bila ku jenguk ke dapur, kelihatan kelibat mak yang sedang memasak lauk kegemaranku "ayam merah". mak sentiasa tahu apa yang aku suka apa yang aku tidak suka. bila mak dah tak sihat, mak dah kurang membebel seperti masa dia belum sakit. sampai kami adik beradik boleh kata kalau dengar mak membebel tu maknanya mak dah sihat la tu. tapi nampaknya kesihatan mak tidak nampak tanda2 untuk pulih. sejak pembedahan di IJN segalanya bermula.
dulu, aku bangga menjadi anak bongsu kesayangan. dimanjakan sampaikan mungkin ada yang cemburu dengan layanan mak pada aku barangkali. tapi, bak kata mak aku lah harta terakhir, namun kini aku termenung, apa yang telah aku buat untuk mak. aku ingin hadiahkan dia sesuatu, sesuatu yang mampu buat dia tersenyum. namun waktu aku bersamanya sesingkat 23 tahun. tuhan lebih sayangkan mak. yang tinggal hanyalah kenangan. kenangan yang membuat aku rindu.
mak, pelukmu, ciummu masih hangat aku terasa. aku masih inginkan sokongan dan doronganmu..namun, kau sudah jauh disana..doakan lah anakmu ini dari sana..sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga..
bila ku jenguk ke dapur, kelihatan kelibat mak yang sedang memasak lauk kegemaranku "ayam merah". mak sentiasa tahu apa yang aku suka apa yang aku tidak suka. bila mak dah tak sihat, mak dah kurang membebel seperti masa dia belum sakit. sampai kami adik beradik boleh kata kalau dengar mak membebel tu maknanya mak dah sihat la tu. tapi nampaknya kesihatan mak tidak nampak tanda2 untuk pulih. sejak pembedahan di IJN segalanya bermula.
dulu, aku bangga menjadi anak bongsu kesayangan. dimanjakan sampaikan mungkin ada yang cemburu dengan layanan mak pada aku barangkali. tapi, bak kata mak aku lah harta terakhir, namun kini aku termenung, apa yang telah aku buat untuk mak. aku ingin hadiahkan dia sesuatu, sesuatu yang mampu buat dia tersenyum. namun waktu aku bersamanya sesingkat 23 tahun. tuhan lebih sayangkan mak. yang tinggal hanyalah kenangan. kenangan yang membuat aku rindu.
mak, pelukmu, ciummu masih hangat aku terasa. aku masih inginkan sokongan dan doronganmu..namun, kau sudah jauh disana..doakan lah anakmu ini dari sana..sesungguhnya kasih ibu hingga ke syurga..




































