Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi
Semua orang mempunyai impian. Ada yang ingin menjadi kaya ada yang ingin menjadi orang bijak pandai. Aku pasti ketika dibangku sekolah lagi cikgu sering bertanya.
“bila besar nanti, kamu nak jadi apa? ”
Hrmm aku pasti jawapan murid-murid antaranya; doktor, peguam, jurutera, arkitek, angkasawan, guru dan macam-macam lagi. Yang pasti semua orang mempunyai impian. Kanak-kanak pun dah pandai menanam impian. Hampir semua orang mengimpikan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Namun adakah anda mencapai impian anda. Impian ni pelbagai. Bukan hanya impian memiliki karier yang tiptop je. Kalau budak-budak kecil mungkin mereka mengimpikan sebuah permainan video. Ada juga yang mengimpikan berkahwin dengan orang kaya macam dalam filem pisau cukur. Bagi aku impian bergantung juga kepada kemampuan. Taraf hidup dapat membezakan bagaimana pantasnya impian seseorang itu menjadi nyata. Sebagai contoh; si A anak orang kaya. Si B pula orang yang berpendapatan sederhana. Impian mereka ingin bercuti mengelilingi dunia. Dah sah-sah si A ni dulu yang dapat melunaskan impian dia kan. Bagi aku sesuatu itu menjadi lebih bermakna bila kita payah untuk melakukannya. Bila kita berjaya mencapai sesuatu yang kita inginkan, aku yakin ianya lebih bermakna.
Impian seharusnya diiringi dengan usaha yang berterusan. Bermimpi bagi aku bagus. Impian boleh dijadikan sebagai puncak kejayaan yang harus kita genggam. Sebagai contoh, dalam aktiviti mendaki gunung, puncak gunung dijadikan simbolik kejayaan. Gembira bukan kepalang bila sampai dipuncak. Alang-alang berpenat keringat biarlah sampai kepuncak. Namun tanpa aku sedari, puncak gunung hanyalah simbolik kemenangan dan kejayaan. Kenangan dan pengalaman lebih tertumpah pada kesakitan, keperitan dan lelah disepanjang pendakian dan bagaimana kepayahan membawa kepada kejayaan.
Percaya tak, impian tak pernah habis. Masa kecil kita impikan itu dan ini. Impian menjadi lebih kreatif bila usia kita meningkat. Dari satu hal ke satu hal yang lain kita tanamkan impian. Kadang-kadang kita tak sedarpun impian kita sudahpun terlaksana. Malah mungkin lebih dari yang kita impikan. Lalu kita tamak mengimpikan yang lain pula. Sampai satu tahap kita rasa impian kita kecundang. Kita gagal. Tapi sebenarnya kita tak sedar yang tidak kita impikan hadir dalam hidup kita. Yang terjadi mungkin lebih baik buat kita. Kita hanya mampu merancang dan tuhan lah yang menentukan segalanya. Kita sepatutnya redha apapun yang terjadi pasti ada rahmatnya.
Jadi teruskan bermimpi ye kawan-kawan..huhu
Salam pada bloggers atau si pembaca misteri yang masih sudi membawa diri anda ke blog DuniaIlusiku. ini bukan kisah sedih tapi mungkin menyedihkan..maaf aku tak dapat nak update blog sejak bercuti ni. akibat berpindah umah, aku terpaksa menggunakan mobile network yang sudah tentu macam si siput yang tengah posa merangkak lemah..adeh si siput pun reti yer posa..huhu.. pada korang, aku ucapkan salam ramadhan. semoga anda mendapat keberkatan dibulan yang mulia ni.
Seperti insan lain, aku juga punya seribu impian. antara impian aku sudah tentulah nk hidup bahagia, ceria dan berjaya. namun apakan daya, aku harus melepasi beberapa ujian terlebih dahulu untuk menikmati semua tu. disaat dua jiwa kini serasi , aku terpaksa melepaskan dia. aku akan pergi dalam rasa belum puas. belumpun cukup kasihku curahkan. namun garis waktu memaksa aku tinggalkan dia. aku akan tinggalkan dia dengan penuh harapan. harapan yang tinggi menggunung. membawa pulang sebuah kehidupan.
anakku...
mama masih terpinga-pinga
takdir apakah ini
kau hadir dalam hidupku
membawa cayaha
mengisi kekosongan yang ada
walau penuh payah
kau mengubah diriku
aku bukan lagi aku yang dulu
aku kini seorang mama
mamamu
~OLE-OLE buat mama~
senyumanmu menambat jiwaku..semoga kekal bersemadi bersama liku-liku perjalananku..
langkahmu akan aku susuri bila tibanya waktu
izinkan mama pergi dan pulang dengan kejayaan..
jangan pernah melupakan mama sayang..
Setiap kali Ramadhan menjelma, hatiku mula diruntun rasa rindu. Ruang angkasa sepi tanpa bintang. Bulan pula muram tanpa cahaya. Gemersik unggas liar tiada kedengaran. Suasana sepi. Hatiku juga sepi. Rindu barangkali. Ya, rindu menusuk kesetiap pelusuk jiwa. Cintaku diragut takdir ilahi. Aku akur dan redha dengan suratan. 4 Ramadhan tidak akan pernah luput dari kotak fikiranku. Tangis dan hiba kini menjadi kekuatan buatku bagi meneruskan saki baki perjalananan hidup tanpamu. Cinta dan kasih menjadi sebahagian darahku. Rindunya saat bersama. Kasih yang bersemi sekian lama. Masih hangat kuterasa ciuman kasihmu. Aku berasa damai dalam pelukanmu. Kau lepaskan aku dalam rasa penuh percaya. Percaya yang kau semai sekian lama. Kini bersemadi kau selamanya. aku dapat merasakan ketenanganmu disana. Cintaku abadi. Kasihku selamanya. sedetik takkan pernah lupa. Selagi anting-anting ini masih melekat di cuping telinga ini. Tandanya aku setia merinduimu selain alfatihah sedekah yang diterima. Dada langit kini kembali bercahaya. Kesuraman aku serikan dengan senyuman. Rindu akan setia membawa aku pulang menziarahi pusaramu. Melewati pohon-pohon kenangan. Disetiap selekoh sejarah kau muncul dengan senyuman. Yang pasti penuh harapan.
Al-fatihah buat arwah bondaku..
ni lah HERO yang aku maksudkan okay...akhirnya setelah hampir 5 bulan terpisah jauh kini kami bersama lagi..tapi tuk 2bulan je (cedeynye aku)..seb bek la baby aku ni tak heran ngan sapa..seme dia nak..peramah baby aku nih..tapi lasak..takleh duk diam seminit pun..haruslah kan budak2 yg tgh aktif..tapi ok gak kn dia aktif dr dia pasif..aktif beerti sikecil sihat kan..sekarang baby aku tgh duk blaja ikut mulut orang..ape orang sebut dia mula nak ikut sebut..mamamamama...lebih dr 10 kali sehari aku sebutkn perkataan nih..nak ajar dia..sebab maklumlah dia masih belajar kenal aku..walhal akulah mama yang melahirkan dia..nak wat camne..kami terpisah jauh..dak kecil..mana nak ingat kan
..aku lak jarang balik..betul ke budak kecil sebaya baby aku nih sukar tidur. nurse cakap memang macam tu. teringat jugak aku ada pendapat mengatakan jangan diberi makan COKLAT kat budak2 yang aktif bimbang akan jadi terlalu aktif..ada juga petua cakap jangan pusingkan kepala budak kebawah takut jadi aktif sangat.haishh macam-macam kan..tapi seronok bila anak dah mula bagi respon kat apa yang kita cakap..dah pandai merajuk dan pandai marah...seronok aku ada kawan baru...bertambah seri hidup aku..bila datang malam aku mula risau sebab anak aku nih payah nak tidur..dia tak menangis..tapi dia tak puas nak main...kalau dia pandai main sorang-sorang aku takdak hal..ni tak kami lah jadi bahan permainan dia..dikorek mata, digaru sana sini...hoho..hurmm aku beruntung sebab hubby aku memang pakar dalam menidurkan hero kecil aku..aku sering gagal menidurkan beliau..huhu..sebab aku ni jenis tak tahan..mula2 boleh lagi didodoi-dodoi..bila tak reti-reti nak tidur mula ah perasaan geram timbul maka aku mula rasa nak marah...tapi hubby aku leh lak sabar tul dia dengan kerenah baby kami...terharu aku bab tu...okay lah ni je coretan dari mama rose...bukan apa aku dah mula rasa teruja dengan baby aku..ehh bukan senang tau nak datang feel seorang ibu..setelah lama berpisah tidak bersua muka hanya suara yang kedengaran sekali sekala melalui henpon..namun sikap baby aku mampu mengembalikan kasih sayang aku terhadapnya..sayang mama, mama tak pernah melupakanmu cuma mama sedikit kaku bila kita dah lama tak bersama..tapi sekarang mama dah okay tau ngan kamu sayang..ohh my HERO..mama akan jadi mama yang hebat buat kamu..
..aku lak jarang balik..betul ke budak kecil sebaya baby aku nih sukar tidur. nurse cakap memang macam tu. teringat jugak aku ada pendapat mengatakan jangan diberi makan COKLAT kat budak2 yang aktif bimbang akan jadi terlalu aktif..ada juga petua cakap jangan pusingkan kepala budak kebawah takut jadi aktif sangat.haishh macam-macam kan..tapi seronok bila anak dah mula bagi respon kat apa yang kita cakap..dah pandai merajuk dan pandai marah...seronok aku ada kawan baru...bertambah seri hidup aku..bila datang malam aku mula risau sebab anak aku nih payah nak tidur..dia tak menangis..tapi dia tak puas nak main...kalau dia pandai main sorang-sorang aku takdak hal..ni tak kami lah jadi bahan permainan dia..dikorek mata, digaru sana sini...hoho..hurmm aku beruntung sebab hubby aku memang pakar dalam menidurkan hero kecil aku..aku sering gagal menidurkan beliau..huhu..sebab aku ni jenis tak tahan..mula2 boleh lagi didodoi-dodoi..bila tak reti-reti nak tidur mula ah perasaan geram timbul maka aku mula rasa nak marah...tapi hubby aku leh lak sabar tul dia dengan kerenah baby kami...terharu aku bab tu...okay lah ni je coretan dari mama rose...bukan apa aku dah mula rasa teruja dengan baby aku..ehh bukan senang tau nak datang feel seorang ibu..setelah lama berpisah tidak bersua muka hanya suara yang kedengaran sekali sekala melalui henpon..namun sikap baby aku mampu mengembalikan kasih sayang aku terhadapnya..sayang mama, mama tak pernah melupakanmu cuma mama sedikit kaku bila kita dah lama tak bersama..tapi sekarang mama dah okay tau ngan kamu sayang..ohh my HERO..mama akan jadi mama yang hebat buat kamu..hi readers!! korang sehat? hurmm sejak dh amik blik title full-time housewife n full time mummy nih, aku kembali busy mengerjakan kerja2 rumah..maklumlah sebagai pengurus rumah tangga nih..bukan senang tau..tapi aku happy..happy walaupun penat..orait, aku taknak berceloteh panjang..actually entry nih aku buat untuk mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada KUKUBESI krn sudi menurunkan ilmu beliau dlm Kursus editing yang berlangsung selama dua hari di Kota Bharu Kelantan..setinggi2 ucapan terima kasih juga ditujukan kpd kerajaan negeri Kelantan krn telah sudi membiayai sebahagian dari yuran kami..aku begitu bernasib baik sebab title STUDENT membuatkan harga yuran menjadi sgt murah..sebab tu lah aku join..hihi...ape2pun aku sgt2 teruja dan berpuas hati dengan kursus dua hari ni..walaupun tak banyak sempat kami belajar..honestly aku dah cukup berpuas hati..sedikit sebanyak persoalan yang bermain-main di minda aku selama ni terjawab akhirnya..aku dah penat TRY & ERROR..sungguh penat..kali ni aku berjaya mengikuti kursus yang dianjurkan pihak yang lebih mahir. berguru lah orang kata..arwah mak pernah cakap aku ni kreatif la jugak..tapi kalau aku belajar dengan orang yang lebih mahir, barulah aku lebih berpengetahuan..masalahnye aku asyik buat sesuatu sorang2..susah sungguh nak tanya org..hurmm nampaknya aku dah melangkah setapak ke depan..huhu alhamdulillah..lagi satu, dah lama sebenarnya aku duk usha kursus-kursus editing nih, tapi entahlah belum bertemu yang bersesuaian..masa dan kewangan membantutkan segala hasrat aku..hah, kali ni memang betul2 kebetulan yang terbaik..rugi aku fikir kalau aku tak mengambil peluang ni..dah la SIFU ni pemes kan..sape tak knal KUKUBESI...pereka poster Hikayat Merong Mahawangsa..
kat bwh ni antara teknik2 yg kami pelajari.....
image manipulation
BEFORE
AFTER
BEFORE
AFTER
Ray of Light Effect
BEFORE
lighting effect and the use of FEATHER
AFTER
DISEKITAR KUKUBESI EDITING CLASS LIVE IN KELANTAN
KUKUBESI tgh busy turunkan tandatangan pada setiap helai POSTER yg akan diberikan kpd peserta-peserta kursus
seronoknye rmai photographer...kna senyum je ble lens kamera focuskn i..hoho
thanks pd Asyraff & Izham....gmbr asal dr beliau..tp aku edit skit..hihi..
blaja sambil posing..poyo je..hihi
thanks KUKUBESI
Asyraff & Izham
tgh edit ni...SIFU laju sgt...nanti tlmbt rugi..huhu
KUKUBESI on stage tuk majlis penutup..
tamatlah kursus dua hari ni..hopefully rakan2 peserta dpt ilmu yg diidam2kn..
peserta2 sedang asyik meng-edit
antara pameran2 fotografi dr KUKUBESI
poster dr KUKUBESI tuk kami..
hi readers!! ohh aku sungguh lega now lepas settle satu paper..satu lg lusa..n lusa jugak aku akn berangkat pulang ke kampung. rasa bercampur2..debar nak hadapi paper yang penuh KONTROVERSI tuh but really excited to go home...btw, berlalu juga summer class yang membosankan ini..my special thanks goes to my helpful lecturers and friends especially my CSC team members dr love & noraini..u're the best guys!!! i am so happy to complete our mini project togther..sgt2 menepati citarasa aku..1st time aku jumpe team membe yg mcm korang tau..type A..hoho..effective, efficient n seme lah..yg membuatkan aku tak stress langsung..
okayy, kita layan gambar dibawah ye kwn2..

kan aku dh ckp td, team membe aku ni mmg efficient..tgok seriousnye masing2 wat keje..hoho
aku ke ni..haha..tgok tak stress kan..
rajin tul anne nih..happy to be your partner again..







































