My visit to Sheffield, UK (part 1)

19:54

2nd Aidilfiltri, perjalananku bermula bersama kakak, abg ipar dan 4 anak buahku. Lebih kurang jam 4.15 petang, selesai solat zohor, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Terengganu Airport yang memakan masa lebih kurang 3 jam setengah. Perjalanan ke airport agak memakan masa kerana traffic jam disebabkan perantau mula pulang ke Bandar dan mereka yang berhari raya.

Jam 9.20 malam, kami menaiki MAS ke KLIA. Lebih kurang 40 minit penerbangan, kami pun tiba di KLIA. Flight seterusnya ke Menchester jam 12.50 pagi. Aku mencari-cari Mi dan Ameng yang sedia menanti aku di KLIA. Selepas bertemu kami ke McD menikmati juadah malam. Aku tidak melepaskan peluang convert my RM to Sterling pound. Kami tidak dapat berbual lama kerana waktu penerbangan sudah hampir. Selepas check in, aku mengucapkan selamat tinggal pd Mi dan kami mula melepasi imigresen dan menaiki tren ke Pesawat Emirates 711 ke Dubai. Perjalanan ke Dubai juga memakan masa. Oleh kerana waktu di Malaysia sudah mencecah ke angka 12.50 minit pagi. Aku terus melelapkan diri sebaik sahaja pesawat mula memasuki ruang udara. Sekali sekali aku terjaga apabila dikejutkan oleh Emirates stewarders yang menghantar minuman dan makanan. Jam menunjukkan pukul 3 pagi waktu Dubai kami dihidangkan breakfast. Lebih kurang jam 4.30 pagi kami tiba di Dubai International Airport. Masa untuk kami disitu lebih kurang 3 jam. Kami mula mencari surau untuk solat isyak dan menunggu masuk waktu subuh. Selepas selesai solat subuh, kami ke shopping area kat Dubai Airport (Dubai Duty Free). Namun tak banyak yang menarik minat kami. Kami terus ke ruangan menunggu menanti immigration gate buka. Flight Malaysia –Dubai tak ramai penumpang namun flight Dubai- Menchester agak ramai memenuhi seat.

Jam 7.30 pagi waktu Dubai kami berlepas ke Menchester. Waktu semakin berundur. Cuaca agak baik sepanjang perjalanan. Sekali sekali dapat melihat view dari cermin aircraft. Perjalanan amat membosankan. Dan aku hanya menghabiskan masa yang ada dengan melayan movie2 yang disediakan emirates pada setiap seatnya. Anak buah aku sibuk bermain game. Setelah berjam-jam penerbangan akhirnya kami tiba di Menchester airport. Setelah selesai urusan immigration kami menunggu En.Uzir sebagai host kami yang akan menjemput kami di airport. Lebih kurang jam 2 petang En.Uzir dan En.Ashaari pun tiba dengan Odessey masing-masing. Suasana diluar airport jelas terasa kesejukannya. Aku mula mengenakan baju panas. Namun temperature dalam MPV tak terasa dingin pun. Panas terik mentari mengingatkan aku cuaca di Malaysia. Sama je, terdetik dihatiku. Menurut En. Ashaari, jarang panas sebegitu. Mungkin terbawa-bawa oleh kami, selorohnya. Di sepanjang perjalanan dari Menchester ke Sheffield, aku dapat menikmati panorama bukit bukau yang tandus. Berlainan sekali dengan Malaysia. Kambing biri-biri dibiarkan memakan rumput-rumput yang terbiar di bukit itu. Sebelum mengakhiri highway dan masuk ke daerah Sheffield, kami dihidang pula panorama tasik berlatarbelakangkan bukit bukau dikelilingi pokok pines jelas sekali indah pada pandanganku. Daun-daun mula kekuningan menyambut kehadiran musim luruh. Menurut En.Ashaari, apabila salji turun ramai yang akan kesitu bergambar kerana penoramanya sangat cantik. Lebih kurang 1 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di rumah En.Uzir. sebaik saja keluar dari kenderaan, dingin sejuk ditambah lagi dengan angin membuatkan aku tidak tahan berada diluar rumah. Kami cepat-cepat masuk. Kami dirumah En.Uzir buat sementara kakakku dapat rumah sewanya sendiri. Keluarga En.Uzir sememangnya pemurah dan baik hati. Mereka sudah membelikan baju panas untuk anak-anak buahku. Kami dijamu dengan hidangan nasi berlaukkan kari serta belacan. Cuaca sejuk membuatkan perut asyik lapar je.

Nasib kami agak baik. Kami hanya mengambil masa 2 hari bagi mendapatkan rumah sewa sendiri. Rumah sewa ini pula tidak jauh dari rumah En.Uzir di Bandar Darnell, Sheffield. Rumah pun agak selesa. 15 minit menaiki bas ke city center. Kakakku memilih untuk tinggal disini kerana rumah disini agak selesa berbanding di city kerana kebanyakannya apartment. Bas disini pun banyak dan murah. Lagipun kakakku bercadang membeli MPV dalam masa terdekat bagi memudahkan pergerakan mereka sekeluarga termasuk untuk bercuti. Cuaca di Sheffield ini tidak dapat dijangka. Temperature boleh drop and up bila2 masa je. Hujan pun turun bila-bila masa. Tidak tahan dengan sejuk dan tidak selesa dengan pakaian tebal di dalam rumah, aku sentiasa on kan hitter. Tetapi di Uk electricity cost agak tinggi. Sehari dua di Sheffield, kami terbiasa dengan waktu Malaysia. Kami sering terjaga waktu 3 pagi dan mengantuk pada petang hari. Kadang-kadang rasa kelakar juga. Habis budak-budak dan baby pun bangun waktu yang sama.



You Might Also Like

0 comments