
.jpg)
bulan demi bulan kandunganku semakin membesar. beban assignment dan presentation semakin berlambak-lambak. aku bersyukur sangat kerana kursus kami ditempatkan di bangunan bersebelahan dengan bangunan UiTM Kampus Bandaraya iaitu bangunan graha (Syarikat Air Melaka) dimana UiTM telah membeli 2 tingkat dari bangunan tersebut. so, aku tak perlu beratur panjang untuk menunggu turn lift. kalaupun perlu mendaki anak tangga hanya 2 tingkat. tidaklah berbelas-belas tingkat. kemudahan kami pun lebih selesa. surau di bangunan itu pun tak ramai orang. jadi kalau kepenatan aku mengambil peluang berbaring disitu. aircondnya juga sejuk. memang waktu lunch aku tak pulang ke rumah sewaku. itu untuk mengurangkan risiko perjalanan aku dan hanya membuat badanku bertambah penat. oh ye, sepanjang 5 bulan disana aku menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk ke kelas, ke klinik mahupun kemana-mana aja.
dah lama pun aku tak guna motosikal tu. tapi aku memilih untuk menggunakan motosikal berbanding kereta kerana dapat menjimatkan kos. maklumlah degree banyak nak kena pakai duit. lagipun parking susah dan jalannya pun sesak. aku pulak jenis yang tak suka lambat-lambat. aku tahu ramai yang risaukan aku dan sangat tak bersetuju dengan aku menggunakan motorsikal termasuk juga hubby aku sendiri. tapi aku tetap dengan keputusan aku tu kerana bagi aku ia lebih memudahkan aku. jika sekiranya terjadi apa-apa itu sudahpun takdir walaupun aku menaiki kereta mahupun berjalan kaki. risiko ada dimana-mana.menjelang bulan-bulan terakhir aku disana sebelum final exam untuk semester ini, badan aku mula terasa penatnya. tidak seperti sebelumnya aku agak aktif sampaikan rakan-rakan sekuliah pelik melihat aku yang aktif dan bersemangat. aku jarang sangat ponteng kelas. kalaupun ya, itu pun kerana aku ke klinik untuk check up. dalam kelaspun aku tidak sedikit pun kelihatan lembik. aku sentiasa bertenaga. namun sebenarnya aku hanya kuatkan mental aku. aku sebenarnya penat juga dan kadang-kadang perutku terasa sakitnya. siapalah yang mengandung tidak merasa sakit. aku cuba buktikan pada kawan-kawan yang kebanyakannya berpangkat adik yang tiada apa yang dapat menghalang kita untuk mencapai sesuatu. tiada siapa tahu jauh disudut hatiku sangat merindukan hubby dan istirehat. kalaulah aku dapat bermanja tika mengandung anak sulungni alangkah baiknya. dh memang nasib aku macam ni.
aku sering tidak berpeluang menjadi orang yang boleh bermanja-manja. apapun harus aku lakukan sendiri. tak mengapalah ini lah dugaan dan pengalaman hidup yang sememangnya tidak dapat dibeli. sepanjang 5 bulan disana aku hanya berpeluang balik ke kampung 2 kali. masa itu aku gunakan sebaik mungkin untuk melepaskan rindu dan penat. dalam kepayahan tentu ada mudahnya. sesungguhnya Allah S.W.T maha adil dalam rahmatnya. terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberi sokongan moral dan fizikal. aku takkan lupakan jasa baik kalian. terutama kepada Ita, terima kasih aku ucapkan kerana telah banyak tolong aku. halalkan makan minum aku. kerana kalian yang selalu ceria dikelas, sedikit sebanyak membuat aku lebih tabah dan tidak kesunyian. juga kepada lecturer2 yang sememangnya sporting dan baik-baik belaka, tidak sesakit sewaktu aku belajar di UiTM dungun dahulu. hari demi hari aku lalui dengan penuh harapan dan impian. semoga yang kulalui kali ini lebih mudah dari yang terdahulu. aku sedar aku semakin matang dan disaat aku mengharungi dugaan ini lah, rahmat dari Allah S.W.T begitu jelas sekali. syukur alhamdulillah aku dah banyak berubah.



lepak2 kat taman ats JUSCO melaka lepas penat acting..kpada group "Francais" ku..kenang daku dlm ingtanmu..huhu

lepak2 ngan FRENCH group..di tepi sungai melaka..
Aku pernah ckp kat hubby aku time aku kat Melaka lg..aku teringin benor nk mandi waterfall..erm, klu bleh sebelom bersalin aku nk gak merasa air sungai yg dingin tu..kat mana aku x peduli..janji dpt mandi manda...memandangkan aku sarat 9 bulan mengandung, aku x pasti samada hubby aku nk tak bawak aku..walaupun harapan dalam hati aku maseh membuak-buak, namun aku simpankan saja melihatkn hubby aku mcm x sebut langsung pn pasai tu...namun tiba satu hari iaitu 27 hb lepas, hubby aku bawak gak aku akhirnya ke jeram linang yg x jauh dari sini bersama 3 org lagi rakannya yg bkerja sbgai nurse..bguslah klu terberanak kat situ, diorang la jd bidan aku..huhu...seronoknya aku menjamah dingin air sungai..walaupun pada aku jeram tu tidaklah seindah air terjun2 yg pernah kulawati sebelum ini, namun tak mengapalah..aku pun tidak berupaya untuk tracking pada saat2 ni..lgpon aku tak boleh membahayakan diri aku dan kandungan aku ni..btw, thanks abg bawakkn i ke situ...thanks a lot...x sangka sempat gak.. :)
hari tu lpas je paper last, aku terus pulang ke kelantan. Hubby aku dh dtg jemput aku sehari sblum abis paper. jadi mlm last tu aku ngan dia check in la.. x smpi pon 3 jam aku jwb paper tu..cepat sungguh. aku terus kluar dewan dn terus pulang ke hotel. time tu hubby aku dh siap2 seme brg..jadi kami pon berangkat la. sebelum tu kami singgah kat umah sewa aku..kata roomate aku ada brg tertinggal..rupa2nya ada surprise tuk aku..diorang belikan hadiah tuk baby..thanks girls....seperti 5 bulan lepas, kami singgah kampung aku kat
kemaman bermalam semalamam disitu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kelantan. beberapa jam prjalanan kami tiba dikemaman. sebelum blik ke umah arwah mak, kami singgah mkn sata dan otak2 kat kuala kemaman. time tu, akak aku dan anaknya aleeya join skali....bestnye dpt mkn sata dan otak2..dh lama aku x mkn mkanan tu..
Ku rangkul erat sisipan perihal
Mencari jawapan
pada setiap soalan kehidupan
Ku tulis atas nota kelmarin,
hari ini dan esok
Ku balut dengan kain harapan
Ku lepaskan ke laut cina selatan
Di hanyut ombak ke negeri lain
Jauh mengembara bersamaku
Memeta arah berarak maya
menyusuri waktu
Disaat laman rahsia
mengajak aku pulang
Mencari jawapan
pada setiap soalan kehidupan
Ku tulis atas nota kelmarin,
hari ini dan esok
Ku balut dengan kain harapan
Ku lepaskan ke laut cina selatan
Di hanyut ombak ke negeri lain
Jauh mengembara bersamaku
Memeta arah berarak maya
menyusuri waktu
Disaat laman rahsia
mengajak aku pulang