Seni itu indah, tenang dan mengasyikkan..INTRO..
20:45Hai readers!! sorry baru perasan ketiga2 post aku yg sebelum ni semua pasal kucing..kebetulan la plak..sbnarnya bnyk je aku mngarang cerita tp malangnya terbiar jd draft smpi cerita tu semua dh expired..sedehh kn..huhu..
Ni pic time diploma dulu..hmpir 10thn yg lalu..
hari ni aku nk buat intro pasal sesuatu yg ingin aku kongsikan pd korang..DIY..DIY..DIY..mesti ramai kn yg suka DIY skrg kn..sedar tak, anda semua ni mmg ada seni klu korang suka DIY tu..seni tu luas kawan-kawan..ada yg pandai mengarang puisi, ada yang suka menulis novel, ada yang hebat melukis malah ada yang suka berteater..Pada aku, seni tu indah, menenangkan dan mengasyikkan..pada yang sibuk bekerja tidak punya banyak masa untuk bersosial bersama kawan-kawan ataupun memang tidak punya ramai kawan macam aku ni, SENI lah peneman setia.. aku ingat lagi, dulu masa time sekolah, kelas aku tak ada subjek seni. oleh kerana SPM tu sistem terbuka jd kita bebas ambil apa subjek pun yang kita nak.. so, aku tambah satu subjek iaitu pendidikan seni. aku tumpang kelas orang untuk subjek tu dan belajar sendiri. aku memang minat seni tapi aku tak adalah pandai melukis.. paling aku tak pandai dan tak suka lukis binatang..aku lebih suka lukisan yang abstract macam batik dan seumpamanya..

dalam lebih kurang 2 jam tu je waktu yang aku ada utk buat apa-apapun. biasanya aku akan plan dalam hati before tidur apa nak buat keesokkan hari. sorrylah kepada jiran atau mak2 sedara yang jarang menerima kehadiran aku dirumah mereka disebabkan aku terlalu busy. aku tahu ada yang cakap aku sombong dan macam-macam lagi. tapi sebenarnya aku banyak project nak disiapkn. harap maaf yer.
Ini intro seni tgn ok..conteng2 je seni ni sebenarnya..hihi
yg atas tu seni digital la kiranya flyers utk business aku..
masa aku masih bersekolah dulu, aku memang banyak berkurung dalam bilik sebab aku ada banyak menda nak buat. oleh kerana time tu penggunaan tablets dan internet kurang, aku lebih banyak masa dengan kertas dan lukisan. sebenarnya dah lama aku tinggalkan penggunaan kertas lukisan sebab busy melayan kerenah teknologi. aku tetap masih berkarya dengan artwork2 terbaru. cuma artwork secara digital iaitu penggunaan adobe photoshop.
entah kenapa sejak kebelakangan ni, dengan suhu panas yang meluap-luap jiwa aku juga resah gelisah. aku seakan hilang sesuatu. ketenangan dan keupayaan imaginasi seperti dulu-dulu. lalu aku terfikir, haruskah aku pulang kewaktu dulu menghayati seni yang telah lama aku tinggalkan. mungkin jiwa aku kembali tenang dan bermakna. satu je perbezaan ketara yang ada sekarang. aku bukan aku seorang. tapi ada dua lagi insan lain yang tidak dapat aku tolak tepi. mereka adalah hidup aku..jadi aku kena seimbangkan diantara keluarga dan keinginan aku.. disini aku hampir tidak punya kehidupan diluar kecuali di kedai aq aquatic dan dirumah. jadi, untuk mengisi ruang-ruang kosong tu aku ingin kembali aktif menghasilkan karya seni dan menghasilkn produk2 DIY..
ok setakat ni je rasanya intro pasal seni ni yer..pnjg sgt intronya..huhu..jom amalkan gaya hidup sihat!!
Jangan harapkan diri dicintai, tapi cintailah diri kita sendiri dan Cinta Ilahi itu lebih indah..
1 comments
Not Bad. Good try! Kak rozi u makin creative.. hehe klu tak tu memang tak minat langsung benda2 seni ni kn..kn..kn
ReplyDelete