4 Ramadan dlm sejarah
15:23
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah syukur bertemu lagi kita dibulan yang mulia ini. Ingin aku ucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak kpd pembaca yg beragama islam.. Semoga ramadan ini lebih baik amalannya dari yang telah lalu.
4 Ramadan..
Menjadi titik kesedihan buat aku dan keluarga..kehilangan ibu tercinta yang kami panggil "mak" pada 4 ramadan 2009 tidak pernah dan tidak mungkin aku lupakan. Seorang insan yang cukup aku kagumi. Kerinduan yang paling pedih untuk ditelan kerana merindukan insan yang telah pun pergi jauh.
Tahun demi tahun, walaupun aku terpaksa meneruskan kelangsungan hidup tapi bayangnya, semangatnya, kata-katanya mengiringi hari-hariku. Kalau dulu aku rimas dengan bebelan "mak". Tapi kini aku rindu dan secara tidak sedar aku pula yg sedikit-sedikit menjadi sama macam mak. Aku masih ingat walaupun dalam kepenatan dan tidak sihat, mak tetap akan mengemas rumah. Sebelum tidur mak akan pastikan setiap penjuru rumah bersih. Dia duduk bersimpuh sambil menyusun pinggan2 ke dalam almari. Yer, sekarang semua tu terjadi pada aku. Semakin lama semakin cerewet aku bab2 mengemas ni. Kadang-kadang tersenyum sendirian teringatkan mak. Mesti mak suka duk rumah aku sebab mak suka kemas dan bersih.
Mak tak pernah putus harapan pada aku. Tak pernah pandang rendah kemampuanku. Dia tetap beri semangat dalam setiap bidang yang aku minati termasuklah aktiviti mendaki gunung. Mak tak pernah halang malah sering beri sokongan. Aku selalu bercerita dengan mak pasal mendaki gunung. Walaupun sebenarnya dia risaukn aku tapi dia tak pernah halang aku dan menyebut hal2 yang tak baik. Katanya takut menjadi doa pula. Aku memang rapat dengan mak sebab aku kan anak bongsu tak berayah jadi mak dan aku selalu bersama. Aku ni dah kira macam driver mak dan private nurse mak. Berbulan-bulan aku jadi peneman mak di IJN, inject insulin, cuci luka lepas operate dan macam-macam lagi. Syukur Allah SWT beri aku kesempatan berbakti pada mak waktu dia sakit.
Aku harap pernikahan aku dan suami kekal ke akhir hayat dan bahgia dengan cara kami sendiri. Pernikahan ni atas dorongan kuat dari mak. Walaupun aku dan suami baru kenal seminggu, dan mak tak pernah pun jumpa en.hubby tapi mak cakap "kahwinlah"..malam tu kami berborak sampai pagi. Aku tak tahu apa alasannya mak nak sangat aku kahwin dengan en.hubby. Sedangkan dia tahu anak dia ni mengada-ngada lagi. Tapi dia nak sgt aku kahwin. Eihh aku pun tak tahu mcm mana aku boleh bersetuju. Dah jodoh kot..maka kahwin lah aku dgn en.hubby sebulan kemudian tanpa bertunang. Semua perbelanjaan ditanggung keluarga..wat kursus kahwin dan hantaran pun org sponsor. Semua pakat setuju aku kahwin time tu..eleehhh padahal malas nak layan kerenah aku dah kan..ye lah kn aku ni anak bongsu mengada-ngada..huhu..
Tapi sebenarnya, dah memang tersurat perkahwinan aku adalah petanda besar mak hendak tinggalkan kami. Hanya kurang lebih 40 hari mak pergi meninggalkan kami. Aku boleh bayangkan kelegaan dari wajah mak sewaktu memeluk aku dimlm pernikahan kami. Mak tersenyum puas walau dalam menahan sakit. Sebab mak pernah cakap, aku anak yang paling dia risau kalau dia dah tiada sbb takut aku menyusahkan kakak-kakak dan abang aku. Tanggungjawab kini diserahkan pada en.hubby.
Sudah hampir 7 tahun berlalu. 7 tahun jugalah usia pernikahan aku dan en.hubby. Dua waktu yang membuat aku paling bersedih. Pertama ketika aku mengandungkan aqeem dan sewaktu berpantang. Waktu tu, kita sangat-sangat memerlukan mak untuk berada disamping kita. Sedih sangat waktu tu. Kedua waktu aku grad degree. Dulu waktu abang dan kakak-kakak aku konvo mak mesti ada tapi waktu aku mak tak ada. Aku harap berpantang kali ni aku lebih tabah dan menerima kenyataan mak dah memang tiada. Walaupun aku berpantang sendirian dirumah ni itu lebih baik. Semoga aku tenang sepanjang berpantang.
0 comments