Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah syukur bertemu lagi kita dibulan yang mulia ini. Ingin aku ucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak kpd pembaca yg beragama islam.. Semoga ramadan ini lebih baik amalannya dari yang telah lalu.
4 Ramadan..
Menjadi titik kesedihan buat aku dan keluarga..kehilangan ibu tercinta yang kami panggil "mak" pada 4 ramadan 2009 tidak pernah dan tidak mungkin aku lupakan. Seorang insan yang cukup aku kagumi. Kerinduan yang paling pedih untuk ditelan kerana merindukan insan yang telah pun pergi jauh.
Tahun demi tahun, walaupun aku terpaksa meneruskan kelangsungan hidup tapi bayangnya, semangatnya, kata-katanya mengiringi hari-hariku. Kalau dulu aku rimas dengan bebelan "mak". Tapi kini aku rindu dan secara tidak sedar aku pula yg sedikit-sedikit menjadi sama macam mak. Aku masih ingat walaupun dalam kepenatan dan tidak sihat, mak tetap akan mengemas rumah. Sebelum tidur mak akan pastikan setiap penjuru rumah bersih. Dia duduk bersimpuh sambil menyusun pinggan2 ke dalam almari. Yer, sekarang semua tu terjadi pada aku. Semakin lama semakin cerewet aku bab2 mengemas ni. Kadang-kadang tersenyum sendirian teringatkan mak. Mesti mak suka duk rumah aku sebab mak suka kemas dan bersih.
Mak tak pernah putus harapan pada aku. Tak pernah pandang rendah kemampuanku. Dia tetap beri semangat dalam setiap bidang yang aku minati termasuklah aktiviti mendaki gunung. Mak tak pernah halang malah sering beri sokongan. Aku selalu bercerita dengan mak pasal mendaki gunung. Walaupun sebenarnya dia risaukn aku tapi dia tak pernah halang aku dan menyebut hal2 yang tak baik. Katanya takut menjadi doa pula. Aku memang rapat dengan mak sebab aku kan anak bongsu tak berayah jadi mak dan aku selalu bersama. Aku ni dah kira macam driver mak dan private nurse mak. Berbulan-bulan aku jadi peneman mak di IJN, inject insulin, cuci luka lepas operate dan macam-macam lagi. Syukur Allah SWT beri aku kesempatan berbakti pada mak waktu dia sakit.
Aku harap pernikahan aku dan suami kekal ke akhir hayat dan bahgia dengan cara kami sendiri. Pernikahan ni atas dorongan kuat dari mak. Walaupun aku dan suami baru kenal seminggu, dan mak tak pernah pun jumpa en.hubby tapi mak cakap "kahwinlah"..malam tu kami berborak sampai pagi. Aku tak tahu apa alasannya mak nak sangat aku kahwin dengan en.hubby. Sedangkan dia tahu anak dia ni mengada-ngada lagi. Tapi dia nak sgt aku kahwin. Eihh aku pun tak tahu mcm mana aku boleh bersetuju. Dah jodoh kot..maka kahwin lah aku dgn en.hubby sebulan kemudian tanpa bertunang. Semua perbelanjaan ditanggung keluarga..wat kursus kahwin dan hantaran pun org sponsor. Semua pakat setuju aku kahwin time tu..eleehhh padahal malas nak layan kerenah aku dah kan..ye lah kn aku ni anak bongsu mengada-ngada..huhu..
Tapi sebenarnya, dah memang tersurat perkahwinan aku adalah petanda besar mak hendak tinggalkan kami. Hanya kurang lebih 40 hari mak pergi meninggalkan kami. Aku boleh bayangkan kelegaan dari wajah mak sewaktu memeluk aku dimlm pernikahan kami. Mak tersenyum puas walau dalam menahan sakit. Sebab mak pernah cakap, aku anak yang paling dia risau kalau dia dah tiada sbb takut aku menyusahkan kakak-kakak dan abang aku. Tanggungjawab kini diserahkan pada en.hubby.
Sudah hampir 7 tahun berlalu. 7 tahun jugalah usia pernikahan aku dan en.hubby. Dua waktu yang membuat aku paling bersedih. Pertama ketika aku mengandungkan aqeem dan sewaktu berpantang. Waktu tu, kita sangat-sangat memerlukan mak untuk berada disamping kita. Sedih sangat waktu tu. Kedua waktu aku grad degree. Dulu waktu abang dan kakak-kakak aku konvo mak mesti ada tapi waktu aku mak tak ada. Aku harap berpantang kali ni aku lebih tabah dan menerima kenyataan mak dah memang tiada. Walaupun aku berpantang sendirian dirumah ni itu lebih baik. Semoga aku tenang sepanjang berpantang.
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni pulak saya masih nak bercerita tentang kesihatan dan kecantikan..tapi kali ni kecantikan kaki.. kecantikan yang kita jarang titik beratkan.. mungkin uols ada yang sgt menjaga part ni. Tapi terus terang aku tak sempat nak teliti bab ni. Maklumlah sibuk mengemas dan dengan macam2 projek diy..mana sempat uols..haha itu hanyalah alasan. Bila en.hubby duk perli kaki aku kasar semacam..haishhh terasa pulak hati ni. Memang pregnant ni kulit aku agak kekeringan dan kadang2 sampai agak teruk..klu kat tgn tu ada satu ketika tu sampai luka.
Oleh kerana terasa rendah diri yang amat apabila diperli..aku pun gunalah dr.google utk mencari solution yg terbaik. Yg pasti aku nak result pantas okay..sebelum ni ada jugak aku pakai lotion biasa dan vaselin tapi mcm tak jalan je. Okay, setelah bersungguh men-google siang dan malam, akhirnya aku mengambil keputusan samada brand scholl ataupun alergy plus. Kedua-dua brand ni mempunyai rating tertinggi dengan testimonial yg ohsem sgt.
So, keesokan harinya aku terus ke watson untuk mendapatkan produk tersebut. Setelah duk belek2 aku pilihla alergy plus tu..harganya around RM 28 ++ aku tak brp ingt dh.. then, gi kat kaunter tanye cashier, ok tak brand ni..adik cashier tu suggest aku beli brand scholl yg ada kat ats meja kaunter sbb brand scholl ada promosi..dari RM 32 kpd RM 19..wow!! murahkan.. apa lagi aku terus tak jd amik alergy plus and terus grab scholl cracked heel tu..
Balik umah pada malamnya aku terus apply cream tu mengikut tatacara yg aku blaja dr blog2 di internet.. cara2 terbaik, pakai cream then pakai stokin so that, dapat kekalkn kelembapan dan kesan pemulihan yg maksimum. Aku apply dua kali siang dan malam..mlm lepas solat isya’ dan siang lpas siap seme keje umah. Siang tak brp lama sgt leh tahan sbb aku bnyk buat keje and basahkn kaki. So, lebih pada malam je.
Yess, seperti yg tertulis dikotak tu, result within 3 days. Dlm masa dua hari je pun aku dah nampak kesannya. Yg sgt2 kasar tu dah semakin nipis. Oh yer, lupa nak cakap, sebelum apply cream tu aku scrub dulu part yg kasar tu dengan batu apung. Oh, mungkin dgn cara tu proses pemulihan lebih cepat. Skrg hati dah lega tak perlu lagi rasa rendah diri dgn keadaan kaki yg kasar tu..tapi aku teruskn je apply cream tu even dh okay nanti sbb aku ni bnyk buat keje2 lasak..takut jadi lg.
Part tangan pulak, terutama jari jemari ni, aku just pakai vaselin petroleum gel tu je. Alhamdulillah dah okay..dah tak rasa lg kasar2 and luka tu..kalau aku angkat batu bata tu aku guna lah glove utk mengelakkn tgn ni kasar. Kadang2 aku ni geram je nk buat keje2 malas nk pakai protection glove ape semua sbb mcm leceh je kn. Tapi tak dah lepas ni sbb nak menjaga kecantikan diri katakan. Baru anak dua kan terlebih nampak tua pulak aku..haha
ok guys yg sedang usha produk2 utk repair masalah sama seperti aku boleh la mencuba produk ni..
Assalamualikum..slmt pagi Malaysia..sempat curi2 update blog pg ni sblum kesayangan aku yg dh take over pc ni bangun..huhu..pg ni nk bercerita pasal kesihatan skit..pengalaman sndiri..
Syukur alhamdulillah kandungan aku smpi ke hari ni tak ada masalah..hari isnin ni check up dan dah masuk 7 bulan..klu ada rezeki boleh la nmpk baby boy or girl kat dalam ni..masalah HB je lah yg tak berapa nk tinggi..mungkin cara pemakanan aku kot yg kurang betul.
Okay, hari ni aku nak bercerita pasal pati delima ni.. setelah 2 bulan lebih aku minum pati delima ni alhamdulillah masalah seumur hidup aku nampaknya berhasil positif..wahh, masalah seumur hidup tu..ye lah, dah macam2 cara aku buat, ubat aku minum dan yg paling ohsem pati delima ni je..buat masa skrg..masalah aku? Metabolisme rendah.. tension uols klu 3 ke 4 hari br membuang..tu pun mcm2 cara aku buat..biasanya dulu aku akn minum kopi untuk lancarkan proses metabolisme aku. Tp kopi ni tak jalan kalau amik hari2 pun. Kadang tu aku amik minuman detox jenama Dh slim tea..pun tak jalan utk hari2..lg satu masalahnya minuman tu buat aku sakit perut yg amat sebelum membuang jd aku jd takut utk amik bila ada hal. So problem jugak. Dari segi ubat klinik pulak aku selalu buat stok dhupalac kat dlm peti sejuk. Dhupalac ni okay lah tak menyakitkan perut tp mcm tak berani lah kn nk bergantung pd ubat ni je memanjang. Lg satu harganya pun agak lh mahal klu utk diambil hari2..
Then, bila aku mula hamil hari tu mimpi ngeri aku dtg lg..sembelit lg lah teruk. Tambah lg dengan suppliment zat besi yg ibu mengandung amik kn..tuhan saja yg tahu.. aku duk pikir mcm mna lah nk hadapi sepanjang pregnant ni..
Penyelesaian masalah aku bermula bila aku sedang tekad mencari penawar untuk menaikkan HB aku yg drop pd minggu ke 22.. aku mula search internet siang dan malam. 2 solution aku dpt iaitu IBERET FOLIC dan PATI DELIMA.. pati delima ni aku pilih pati delima jenama gulsan sbb sepanjang aku duk usha kat internet brand ni paling top..dan yg paling memeranjatkan aku harganya tak lah mahal..aku ingatkan setara harga jus pamoga tu..rupanya belas2 ringgit je..kalau aku tahu dah lama aku beli tau..
Alhamdulillah next check up HB aku dah naik..mungkin keberkesanan iberet folic dan jus delima ni. Tp utk HB aku lebih percaya pd iberet folic la..TAPI untuk sembelit seriously unbelievable lah pati delima ni.. jus detox terbaik setakat ni bg aku.. alhamdulillah sepanjang 2 bulan lebih ni aku lancar je membuang hari2..klu terlambat pun selang sehari..ehh kira okay la tu dr dulu hampir seminggu..aku berhajat nak teruskan pengambilan jus ni sampai bila2.. rasanya pun okay nk compare dengan dhupalac yg manis pekat tu..walaupun masam tp okay aku suka je..
Pasal harga? Mula2 abis merata aku cari..berpandukan info kat internet aku dptla jus ni dengan harga RM 17 dan klu beli dua dpt RM15..dah la jauh tempat tu..next 2 weeks aku aku drive kete ulang alik beli brg tetiba ternampak banner produk ni apalagi try la usha..okay RM15 takyah beli dua pun..dan yg paling latest RM13 kat tempat biasa aku shopping groceries..alhamdulillah dipermudahkan..jd takde reason untuk aku stop consume this product.
Tp sejak 2 menjak makin baby membesar makin nk kembali sembelit, so aku lebihkan dos alhamdulillah selamat lancar balik. Tp aku rasa lah kan sebelum aku minum pati delima ni dan sepanjang pregnant jugak lh aku ada minum susu.. okay jugak klu tak silap aku..combination susu & pati delima ni lg okay kot..kadang2 tu klu terlebih2 jadi cirit pulak. Tapi aku stop susu sbb aku tak tahu cara mcm mana nak amik kedua2 produk ni sbb pati delima ni aku amik pagi sebelum breakfast dan malam sebelum tidur. Susu pulak sepatutnya terbaik diambil sebelum tidur. Tapi setahu aku vitamin c dan kalsium tak boleh diambil sekali. So macam mana tu.. buat masa sekarang aku lebihkan pati delima lah sbb untuk naikkan HB. Susu kadang aku amik kadang tak.
Oh yer, selain masalah sembelit, baru aku perasan aku langsung tak kena kembung perut lepas mkn seperti kebiasaan dlu2 sblm pregnant dan masa awal2 pregnant..mungkin salah satu keberkesanan jus ni jugak kot..
Mungkin juga faktor metabolisme yg baik sepanjang pregnant ni buatkan badan aku lebih aktif dr biasa. Aku rasa bertenaga je. Cuma bila lebih2 buat keje sakit belakang tu biasalah. Alhamdulillah syukur sangat. Actually saja je aku share ni bg yg ada masalah mcm aku..oh ye, untuk preparation lepas beranak nanti aku nak standby dhuphalac jugak sbb takut terjadi sembelit yg teruk amat mcm 1st preganant dulu..dah la jahitan baru lg..siksa uols..
Selamat tghari yg sgt2 membahang...
Jgn cpt marah2 yer..kena bnyk sabar..ecehhh mentang2 pregnant kali ni aku agak penyabar orgnya..nak kata tak ada masalah mmg tipu lah..tp alhamdulillah boleh relaks lg..
tp x dinafikan beraktiviti buatkn aku lupa aku ada masalah..sibukkan diri..alhamdulillah juga lah sbb kesihatan agak baik..cuma HB je xbrp nak stabil tp overall aku sihat..ohh ye, dua 3 hr lpas demam selsema & batuk jugak..tp syukur lah cpt recover wlupun tanpa ubat..
last blog update 21/2/2016..skrg dh masuk bulan april..xnak terjadi kisah blog sepi mcm thn2 lalu jd aku kuatkn semangat aku untuk update ini hari..bnyk sebenarnya menda nk update tp kunci kpd permasalahannya adalah sbb pc yg aku gunakan utk update blog ni problem..xley on9..sblum ni berebut dgn buah hati aku yg sorang tu..24jam nk tgok cartoon..ipad dia aku buat pekasam..slide problem & malas nk repair..sbb terfikir bgus jugak dia x berdamping dgn ipad..better dia guna pc dr ipad..more function dia boleh blaja..
berbalik kpd tajuk diatas sana tu, DIY "furniture"..well, ini bkn kali pertama aku ber DIY samada buat furniture or mcm2 lg lh..dh bnyk sbnarnye..tp kbelakangan ni je aku berani share projek2 yg aku buat..segan sebelum ni..
biasanya aku akn buat projek DIY ni time en.hubby & my boy xde dirumah..kiranya aku bebas berkarya seorang diri..first, aku akan plan baik2 punya..survey2 kat internet dlu..part pling penting measure berkali2 agar kerja jd tepat dan mudah. bila bahan mentah (pine wood ++) dah ckup br aku mulakan projek.. tp aku akn cuba sedaya upaya siapkn 1st phase atleast sblum en.hubby blik..kiranya bila dia blik xde kesan la aku tinggalkn hnyalah projek yg separa siap or complete je dia dpt tgok..progress dia tak tahu apa jd..haha...
oleh kerana time ni aku pregnant, jd aku kena extra hati2 di setiap langkah..tp terus terang aku ckp klu setakat tercalar tgn, terketuk, terhantuk dan mcm2 ter yg mnyakitkn tu mmg x rock org kata..so far, aku dh agak pro gunakn power tools..dulu, power tools handling aku teruk jd hasilnya pn kurang baik..jd bertambah lah confident aku skrg nk ber DIY /bertukang..dh lama sbnarnya aku blaja mcm2 cara bertukang, teknik2 buat itu ini dr you tube..cuma bila kita buat betul2 mmg ada cabarannya..x semudah yg kita tonton..tp atleast kita blaja..bkn main hentam je kn..
ni senarai tools yg aku gunakn
jig saw (kecik & x gerun sgt nk handle)
cordless drill (tanpa wayar, kecik, ringan dan senang dibawa kmana2)
drill (manual drill yg kna guna alat utk tukar klu nk tebuk kayu or simen)
black screw (aku suka guna screw hitam ni sbb tahan karat)
L shape (utk ukur)
timbang air
apit G / F (jrg aku gunakn)
besi L shape (aku jrg gunakn cara tebuk & masukkn bolt & nut, so aku gunakn L shape yg besi yg small size ni utk cantumkn kayu2 yg besar)
ok tu je yg aku teringat..sorry lh aku tak pro lg menulis blog pertukangan ni..alat2an pun ntah betul ntah tidak aku sebut..huhu..pelan2 kayuh kata org..mcm mula2 aku tulis blog hiking dlu..bnyk term aku tak tahu..
okay, kat bwh ni antara furniture yg aku dh buat..
latest.. queen size bed frame
![]() |
| headboard |
headboard..pine tu sj aku deco mcm tu sbb x sama size..kira yg lebih2 je ni..flag banner tu pulak aku terjumpe sluar mr.hubby yg dh rosak yg belum aku buang..agak tebal jd aku tetiba dtg idea potong jd menda tu..frame kecik tu ntah terjumpe kat dlm laci masa duk mengemas..layankn aja..yg pnting recycle uols..haha
![]() |
| frame progress |
ni progress okay..beban sikit aku nk buat ni. sambil duduk & mengesot bwk perot..
![]() |
| done frame |
yeayyy dah siap..hr kedua done!! base kat ats tu aku tgh tunggu plywood terpakai utk diletakkn ats tu then beli mattress & sarungkn comforter yg cun2..yg tu lmbt2 skit xpe..sbb x guna lg pn..plywood actually dh ada cuma skrg bg laluan kat tukang yg renovate kedai aku tu siapkn keje2 dia..nanti kita tgok lah balance plywood yg masih boleh digunakn..xcantik xpe bkn nmpk pun part tu..jgn membazir hokay!!
baby dressing/changing table
![]() |
| in progress |
![]() |
| Add caption |
![]() |
| Add caption |
90% done x termasuk deco2 ringan..kat bwh tu ingtnye nk cari bakul rotan yg ada penutup utk letakkn brg2 baby..
pine sofa
![]() |
| Add caption |
uols perasan tak kat ats tu ada beberapa botol kaca kn..yg tu actually botol2 sos & kicap yg aku simpan then aku colorkn..taraa jd bahan deco aku utk finishing projek ni.. blkg sofa ni ada 4ft cabinet..so, aku buat as base tmpt sandar kerusi aku ni ha..senang keje aku takyah susah2 buatkn just tampal beberapa keping pine utk nmpk lebih sedondon kata org..
![]() |
| Add caption |
view sisi...kat ats kerusi tu aku letakkn tilam baby yg aku beli kat bundle je..then balut cantik2 dgn comforter..siap dahhh..uols boleh try k..yg penting kukuh tau..x goyang..jgn risau..
wardrobe
![]() |
| Add caption |
in progress..besi utk penyangkut tu aku curi besi apa ntah aku jumpe..mcm cun je muat2 size dgn wardrobe aku ni..ape lg, rembat lah..guna apa yg ada katakn..hehe..
btw, projek ni agak sukar sikit sbb aku buat sorang diri..sama jugak yg lain aku buat sorang diri tanpa bantuan sape2..tp yg ni agak mncabar sbb nk kena ada yg tolong pegang..so, aku cari alternatif lain..aku sandar kat kerusi n bla bla..aku dh lupa mcm mna..pndai2 la nk hidup..aku ni mmg degil skit..klu nk buat sesuatu aku tak kira..aku buat jugak..whatever it takes..huhu
![]() |
| Add caption |
nah ko..dh pun siap..mula2 pikir mcm nk buat pintu..tp malas pulak rasanya..kita buat open style lh..ltak langsir je & reben ikat tepi..comel jugakkn..xpe la..nanti ada masa, ada ckup bhn mentah aku buat la pintunya..buat masa skrg ckup lh setakat ni..
study table
![]() |
| Add caption |
ni projek lama ni..very simple..study table utk hero kesayangan..now, aku kat kerusi tu tgh menaip entry nih..nmpknya pc ni dh jd hak milik hero aku..so, nanti ble kedai dh siap nmpk gayanya mama kena ushaa pc lain la ltak kat kaunter..aku mna boleh hidup xde pc wehh..laptop? xbest rasa terbatas je nk mngedit & buat keje..yg ayahnya..mls nk sentuh lebih2 sbb pc ayahnya advance sgt..klu aku simpan ape2 kat files tetiba je dia re-setup blik pc dia tanpa notis..haha
tamat....
Tu je yg aku leh kongsikn dlu..yg remeh2 mcm mini ubahsuai, buat pintu kitchen cabinet, wall open shelves dan bnyk lg tu next time aku cerita..dlu2 aku just fix kn atau dgn kata lain recycle mnda lama kpd new furniture..cthnya aku color balik, aku potong situ sini, gabungkn dua kerusi lama jd kerusi pnjg n etc...since skrg aku ada lebihan pine yg tak lg digunakn jd pnjg lh lngkah aku utk buat furniture from ZERO..tak tahu lh bila baby ni keluar dia cenderung ke arah apa..mamanya smpi dh nk masuk 7 bln bkn main aktif bertukang..haha...
oh yer, salah satu penyebab yg encourage aku buat semua ni mungkin juga sbb aku x bekerja buat masa skrg..actually tgh tunggu kedai kami siap major renovation..in shaa Allah dlm bulan 5 kami start berniaga blik..jd aku boleh simpan je angan2 DIy aku tu..so skrg buat cpt2 ape yg rasa nk buat sblum aku busy kembali..lg satu bila dh ade baby kecik nanti, jgn berangan la aku nak buat hal aku lebih2 sbb baby faham2 je lah kn..
Okay disini saja coretan aku utk hari ni..yess berjaya jugak update uols..haha..doakn aku dan baby kuat yer..xnk la smgat je kuat melebihi kemampuan fizikal..hopefully everything just fine..lg 2 minggu masuk 7 bln usia kndungan..doakn kami yer..
![]() |
| Add caption |
last but not least...introduce my new kitten..budak kutip je nih..ngade2 masuk umah org..mr.hubby berkenan sgt jd aku redhokn je lah membelanya..bole lh wat halau tikus..nakal yg amat..namanya "tecik" k bye...
Assalamualaikum WBT..
Sejak dua tiga hari ni aku asyik melayan hp search internet sambil rehat2..
apa yg aku duk search?? semuanya pasal cara-cara tanam sayur dan cara menghapuskan makhluk perosak.. since business aku under renovation ni, boleh la aku buat project2 lain tanpa ganguan..
jadi, aku plan lepas ni nak sempurnakan edible garden aku dengan pokok2 yg berguna untuk digunapakai di dapur kami..lepas business aku berjalan balik nanti aku lebih banyak stay dirumah..so, aku x bnyk keluar lah kn..jd macam mana aku nk beli sayur2 semua tu..solutionnya?? yess, my edible garden will produce vegetables yg aku perlukan..my list..
1. Pokok Pandan (dah ada tp masih kecil tgh proses pembesaran)
2. Pokok Kari (dah ada tapi duk merata2, kena transfer ke dlm pasu..)
3. Serai (belum ada)
4. Pokok Kunyit (belum ada)
5. Pokok Halia (belum ada)
6. Daun Sup (dah ada..tapi perlukan more pasu)
7. Bayam (dah ada, proses pembesaran)
8. Kangkung (dah ada, proses pembesaran)
9. Cili padi (dah ada..6 pohon semuanya)
10. Tomato ( tgh membesar)
11. Pegaga (belum ada)
** dan yg lain2 yg tgh duk pikir akan keperluannya..
kebanyakkannya aku nak tanam dalam pasu sbb aku x suka bersepah2..aku nak cantik tersusun..senang nk menage rumput2 dibawah yg perlu diracun 3 bulan sekali..project ni akan diteruskan lepas rumput2 yg mr.hubby racun 2 hari lepas mati sepenuhnya..skrg tak kuasa aku..serabut dgn rumput..klu boleh nanti nk letak pasir putih di area tu..
Makhluk perosak??
yg ni aku paling menyampah..tu jugak la penyebabnya mood aku nk menambah koleksi bunga2an kat my JassmineRosse Garden (front yard) jd terbantut..apa taknya, penuh dgn segala binatang perosak..hari ni saja aku cuba alihkan balik pasu2 bunga ros kesayangan aku ke tgh laman yg 360degree kena terik matahari..dan dh kasi sembur thripless dan buang daun2 yg effected..hopefully recover soon..fuhh tu baru 6 pasu ros klu berpuluh2 mcm mna wehh..pening kepala..
ros jepun pulak sama jugak kena serang tp x semua..so, aku rawat la yg mana patut..front yard pn sama kena kasi clear kat bawah..kasi betul2 clean n xde semak2..baru senang nk menage..
pokok2 lain pn dlm proses mencantikkan diri..
back to edible garden..oleh kerana lg banyak pokok2 dan sayur2an yg akan aku tanam bermakna lg banyak rawatan dan baja yg diperlukan..so, aku tak rasa penggunaan baja2 dan ubat2an skrg aku boleh teruskan utk edible garden aku..sbb apa?? mahal wehhh..tak mampu la aku..so, yg tu aku khaskn kpd pokok2 bunga yg cerewet..
yg edible garden ni aku plan nak buat ubat2an dan baja sendiri..aku dah search & save cara2nya..hrp2 berkesan lah kn..lg banyak aku search kat internet lg teruja aku..sbb kebanyakkannya ada lebih kurang sama dgn treatment & utk coral growth..cuma utk aquarium tu mudah sikit utk kita check everything sbb ada test kit semua..yg pokok2 ni aku belum tahu cara nk test semua tu..semakin menarik nampak...huhu...
btw, kesabaran dan ketekunan sgt lah diperlukan..klu pemalas jgn berangan nak gardening ye awk2..hehe
okay lh i've to stop now..nk gi amik anak sekolah then singgah ke nursery ushaa2 pasu n PETUNIA dua tiga pasu..huh
u..
u..
Assalamualaikum dan salam bahagia dariku..
BUNGA..melambangkan kewanitaan, kebahagiaan, keindahan dan segala aspek kecantikan..dan bila aku mula meminati bunga apakah sebenarnya yg terjadi..sesuatu yg hampir pasti tidak mungkin terjadi pada diri aku..haha..aku dah tak kisah..aku terlalu meminati bunga sekarang..kalau dulu aku asyik diperli en.hubby sbb setiap bunga yg aku beli confirm mampus..
TAPI skrg...no more...aku dh dpt formula dan aku mula rajin mencari seribu satu cara, rahsia, tips dan sebagainya demi memastikan bunga2an aku berjaya, berjaya dan terus berjaya..
dan..minat aku alhamdulillah masih konsisten okay..tak main2 tau..sampai burn kulit aku..tau kenapa..bwk terik matahari snggup gi cucuk bunga..tu keje bunga ros jepun lah..sapa suh dia kembang time 10pg - 2ptg tgh panas2 tu..ros jepun ni penyeri je..tp minat aku skrg beralih kpd yg lebih mencabar..en.hubby cabar aku tanam pokok yg lebih sukar..okay, first aku pilih ROS..takut jugak aku nk beli bnyk2 terus takut tak menjadi..skrg baru ada 6 pasu semuanya..bilangan tak penting skrg yg pling penting how they grow..so far, masih mampu berbunga utk keberapa kali..itupn dh cukup baik pd aku..
ROS JEPUN
ttp menjadi sumber inspirasi aku wlupun skrg aku tgh kembangkn minat aku pd bunga2an lain..
(ehhh perasan tak watermark tu lain kn..hahh tu blog baru aku yg berkisah pasal bunga semata..tp blum publish lg..x ready lg..)
VINCA..
Bunga yg warnanya terang..cantik utk hiasan gantung..pd mulanya aku nk beli PETUNIA tp xde stok petunia sampai jd aku amik 2 pasu vinca..satu pasu tu ade 2 color red & white dan yg lg satu tu purple.
tiba-tiba dtg makhluk perosak..x smpi sehari habis bunga2 vinca aku dgn daun2nya sekali..sedih sungguh hati wehh..frust sgt2,.makhluk ni suka pokok ni je..ros dia tak gi pn..mujur jugak..so, lepas ni aku hari2 check pokok ni takut dtg kembali makhluk hijau ni..xpe lah..tak mati pn vinca tu..skrg tgh recover..yg menariknya, td aku nmpk dlm pasu vinca ada tunas2 vinca baru..xtahu mcm mna..mungkin beluncas td tolong sebarkn biji benih vinca..huhu
okay, ni aku nk share lg dua pohon ros yg aku tmbh..xingat bila date..bfore raya cina hari tu..
NEXT..
skrg tgh menyemai biji benih bunga matahari..skrg dh nmpk lebih kurang 10 tunas..hrp2 takde masalah la bunga matahari ni..nanti nk kena pindahkan ke pasu yg lebih besar.
skrg pn tgh menyemai pokok keembong (garden balsam)..yg ni aku masih mencari anak benih yg lebih2 bnyk lg..hajat nk menyemai mcm ros jepun..bnyk2 gitu..sbb pokok ni pn senang cuma pokok ni bermusim..
lagi?? hajat dihati nak shopping bunga siti zubaidah..cantik uols bunganya..dh lama berkenan dihati tp takut tgn ni panas..klu ros aku boleh takkan tak boleh kot bunga ni..so, masuk dlm list aku lh bunga ni..sooooonnn aku akn dptkn..
PETUNIA
yg ni mmg aku begitu teruja..tak sbar tunggu stok baru smpi..nk gantung2..fuhh mmg merimbun la bunga dia..x sabar rasanya..
ok bye..itu je coretan pasal bunga utk kali ni..sape minat bunga?? jom kawan.. :)




























