Rinduku pada rimba itu

19:42

Kedinginan air terjun Chemerong

Photobucket

Sepetang di hutan lipur Chemerong pasti membuatkan jiwaku tenang dan keresahan yang bersarang di hati akan hilang dibawa pergi dingin angin hutan. Kejernihan airnya membuatkan aku teruja dan senyum terukir setiap kali menjamah dingin airnya yang membasahi pipiku yang kehangatan akibat terik mentari. Beberapa bulan lagi aku akan pulang. Di dalam diari ini aku tulis dibaris atas namamu. Aku rindukan kejernihan dan kehijauan lumutmu. Hutan hujan tropika tidak pernah hilang dalam nadi ingatanku dan sentiasa menghantui kebosanan ini lantaran waktu harus ku lupakan segala itu. Pencarian dan percutian ini belum lagi membenarkan aku pulang dan disaat hatiku mula merindukan pepohon hutan dan kehijauannya serta kepelbagaian flora dan faunanya. Gerak tari jari ini hanya mampu mengedit gambar gambar kenangan. Sesekali fikiranku melayang mengingatkan keriuhan bersama teman-teman diwaktu hujung minggu.

Rimba gunung dan kehijauan hutan hujan tropika.

Photobucket

Keriuhan teman-teman sependaki membuatkan aku sedar, masih ada segelintir pencinta rimba hijau yang sanggup meluang waktu mendaki dan menziarahi khazanah alam. Bagaikan bermimpi aku berpijak dipuncak gunung yang tinggi. Berbicara tentang kehijauan. Aku seolah-olah berbicara dengan alam hijau tentang rinduku tentang simpati, simpati pada bumi hijau yang seolah-olah tiada tempat untuk berpijak lagi umpama lirik lagu Indonesia “isi rimba tiada tempat berpijak lagi” dendangan Ewan. Aku rindukan bingit suara teman-teman memecah kesunyian dan mersik suara kicau burung dan tatkala fajar menyinsing aku tahu segalanya akan berakhir. Tiba waktu untukku pergi dan kembali lagi. Kalau dihitung dengan jari berapa lah sangat gunung yang kudaki jika dibanding dengan teman-teman sependaki yang lain. Aku punya teori berbeza namun mungkin misi kami sama. Terserlah keindahan dan cabaran di hutan hujan tropika yang menjadi asset yang sangat berharga. Asia tenggara antara cebisan benua yang menyimpan khazanah alam ini dan menjadi antara peyumbang utama kehijauan dimuka bumi. Jika ini tidak lagi dimengertikan apalah yang tinggal sebagai hadiah buat generasiku nanti. Panas dan sejuk yang ekstrem semakin terasa. 4 musim tidak lagi mengikut turutannya seperti dulu. “Global warming” mengambil tempat. Siapa mahu dipersalahkan? Tepuk dada tanyalah minda.

Lumut menghijau


Dingin dan terasa kelembapannya. Lumut menghijau part yang paling aku sukai kerana hijau menjadi warna asasnya. Warna Luna, Fabercastle, Buncho pasti tidak dapat menandingimu. Kerana kau milik tuhan sesungguhnya tiada yang lebih indah. Sesekali fikiranku merantau jauh mengimbas kenangan yang agak lama ku tinggalkan. Terasa rinduku memanggil-manggil untuk ku kesana. Menghiasi buku memori dengan warna-warnamu.

Mentari pagi di puncak gunung

Photobucket

Perihal yang tidak pernah aku lupa setiap kali bangkit dari lena ketika di puncak gunung terutama sekali apabila sebelah malamnya hujan mencurah. Menanti panorama pagi yang indah. Semestinya membuat jiwaku berkhayalan. Hatiku kini benar-benar merindui segalanya. Disaat kabus-kabus berterbangan ditiup sang angin dan kabus-kabus itu mula berhimpitan dan disirami cahaya mentari yang perlahan-lahan mengangkat wajah. Dari warna jingga berubah keemas-emasan. Argh, hatiku mula dihambat sayu dan rindu yang membahang setiap kali inginku terhalang. Kabus dipergunungan sememangnya indah dan menawan.


“Andai ku miliki semalam dan bisa aku ubah menjadi esok,
Takkanku ubah apapun, kerna aku tahu engkau tetap indah,
Tanpa sempadan masa, aku bahagia seandainya,
tangis ini tanda kasihku bukan menolong duka yang semalam,
Kerna engkau mengerti ku, tiada sendu lagi diduniaku ini,
Aku tak dapat bayangkan, Sengsara yang harus ku tanggung
jika kau pilih perpisahan”

Sedutan lirik lagu Search; “Andaiku miliki semalam”

You Might Also Like

0 comments