-: KISAH KASIH :-

21:59

Demi maruah dan hubungan yang berpanjangan sekali lagi aku harus pergi meninggalkan dan melupakan. Sekali lagi aku mengeksploitasikan keegoanku untuk sesuatu yang baik. Demi kebaikan kami. Kasih ini penuh risiko. Kasih ini agak rumit. Kasih ini aku kagumi. Kasih ini aku akhiri bukan beerti aku tidak lagi mengasihi tapi aku membawanya dalam keadaan yang lebih tulus dan adil buat semua pihak kerana aku yakin tidak semua yang kita inginkan akan bisa kita genggam. Kerana aku ingin buktikan pada insan yang aku kasih itu bahawa aku bisa berdikari aku bisa menjadi manusia yang berguna dan aku bisa mempertahankan maruahku.

Kisah kasih ini begitu singkat. Dalam tidak sedar ternyata kau memberi aku nafas baru dalam melewati pramatangku dalam aku meniti zaman akhir remaja ini. Terima kasih pada insan yang aku senang berbahasakan abang. Terima kasih atas hari-hari yang dapat aku bingkaikan sebagai cenderahati dari tuhan. Terima kasih atas kemurahan hati dan terima kasih atas keikhlasan persahabatan. Terima kasih kerana tanpa sedar kau telah membuka pintu kebahagiaan buatku permulaan kehidupanku yang baru. Kini aku benar-benar berada di suatu terminal lain yang mungkin lebih kompleks mahupun lebih indah. Ku mohon dari-Nya indah itu lebih hampir walaupun hanya satu langkah lagi.

Bukan mudah untuk menghalang kehendak jiwa. Namun, demi memperjuangkan kehendak insan lain dan kebaikan semua pihak satu kata putus dalam jiwa harus kurangka lalu dilaksanakan. Biar sakit biar sedih biarpun ada yang terluka namun percayalah berakhirnya nanti satu senyuman. Indah lagi mempersonakan. Senyuman yang penuh dengan nada bahagia senyuman yang ku kira sebagai hadiah pengorbanan.

Sejak kecil aku sebenarnya terbiasa dengan ketiadaan dan sendirian. Terbiasa aku termenung berseorangan dan aku biasa menanti yang tidak berakhir dengan pertemuan. Jadi melupakan dan dilupakan ku fikir sudah menjadi asam garam dunia. Dalam persahabtan mahupun percintaan. Namun percayalah mana ada cinta atau kasih yang dilupakan tanpa sedikit memori kisah kasih itu terlukis kemas terpahat di sanubari. Cuma di wajah seakan pudar kononnya malap ditelan arus waktu.

Namun, izinkan aku berterus terang. Biarpun tercalar sedikit ego ku, izinkan aku menyatakan. Aku tidak mahu kehilangan seorang abang yang menceriakan hari-hariku. Sedaya aku pergi hanya untuk membantu memulihkan kestabilan perasaan antara kasih abang dan adik yang terjalin berlatarkan kisah hutan dan dicorakkan kotak maya. Sesungguhnya aku tekad untuk tidak menodai harapan mereka terhadap kamu dan aku.
Apa ada padaku. Kisahku tidak semergah ceritamu. Kata-kataku tidak hebat untuk didengar. Aku hanya insan kecil yang sedang mencari-cari jalan yang benar, jalan yang dapat membawa aku ke destinasi impian. Semoga kasih kita kekal bukan sekadar cerita yang menjadi debu kenangan. Semoga sentiasa segar perasaan kasih abang pada adikmu.

You Might Also Like

0 comments