terpisah jua akhirnya

07:06



Jauh dimata dekat dihati. takkan pernah sesaat mama melupakanmu sayang. mama akan selalu rindu. rindu pada gelak riangmu, tangis sendumu, gengaman tanganmu dan segala-galanya tentang kamu. Berat hati mama meninggalkan kamu disana. mama ingin sekali membawamu bersama namun apakan daya ini semua ujian buat mama. memang berat mama rasakan. mama harus lebih kuat dari dulu. mama harap kamu takkan melupakan mama. mama disini bukan untuk suka-suka.bukan juga untuk mengabaikan tanggungjawab mama pada kamu. mama disini hanya kerana mama mahu yang terbaik buat kamu suatu saat nanti. kita pasti bersama lagi sayang. bersama selama-lamanya. tiada lagi yang dapat pisahkan kita. mama sayang kamu Ahmad Luqman Nurhaqeem b. Ahmad Amir

You Might Also Like

0 comments