maafkan mama sayang

08:41

mama terlalu muda..sering kalah pada nafsu marah.mama sering lupa kamu masih kecil.tidak tahu apa-apa.kamu hanya tahu buat mama marah.bila mana mama kata jangan. kamu tetap lakukan. sedangkan mama lupa kamu terlalu aktif dan bijak tidak pasif. mama marah kamu. mama cubit peha kamu. mama tinggikan suara.mama jarang sediakan makanan untuk kamu. bila kita lama tak berjumpa kamu macam lupakan mama.lalu mama sisihkan kamu.mama abaikan kamu. mama tak hiraukan kamu. tapi dalam hati mama penuh dengan seribu luka. maafkan mama sayang. Andainya mama pergi dulu. mama mahu kamu tahu mama terlalu sayang pada kamu. biarpun raut wajahmu membuat mama cemburu, biarpun masamu bukan bersama mama selalu, mamalah orang yang paling mencintaimu. maafkan mama kerana sering menyakitimu. maafkan mama kerana tidak bersama kamu. alasannya hanya satu..semuanya kerana kamu.

* dari hati seorang ibu


You Might Also Like

0 comments