16w 5 days check up HB drop

22:24

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi tadi awal2 lg hantar aqeem ke sekolah, kononnya nak cepat smpi di klinik..padahal klinik tu dekat sgt je dengan rumah. Tapi aku nk jadi orang 1st check up..as usual pagi adalah waktu keemasan pada aku. 1001 keje aku nak buat sebelum keluar mencari rezeki di kedai kami. 

since dah 5 tahun gap, aku ni seolah-olah macam org xde pengalaman pregnant. so, aku bnyk jugak la bertanya nurse apa yg perlu aku lakukan step by step. syukur lah nurse kat klinik ni baik-baik belaka. layanan 1st class. kita pn as patient kena lah dengar arahan nurse kan..2 way communication tu penting. oklah, pendek kata hari ni semuanya berjalan lancar. check up pn biasa2 je.. last time kena minum air gula which is sgt meloyakan dan kena pergi sana sini sungguh memenatkan.

apa yg tak bestnya kali ni, HB aku drop sikit.. walaupun masih stabil tapi boleh dirisaukan jugak lah. sebelum ni 12++ hr ni 11.2.. ckup2 makan je tu..sampai ke hari ni aku belum pernah lg miss mkn vitamin. cuma sayur tu je on off.. so far, aku amik ganilia soft gel setelah dinasihati oleh kakak & research kat internet..tp masa nk dptkn ganilia ni punye lah susah..farmasi xde jual..klinik pn bnyk yg xde..ats nasihat doktor ganilia ni sesuai diambil trimester ke2 atau ke3 sbb time tu otak bayi berkembang..mula2 boleh guna folic acid biasa je. oleh kerana aku tak tahan sgt dengan zincofer yg dibekalkan klinik desa so, aku amik juga ganilia awal2 trimester pn. 


jadi apa cerita dgn HB yg tak berapa nk mantap ni?? buat masa ni aku teruskan je dgn ganilia dan banyakkan makan sayur hijau. aku mungkin xde masalah dgn sayur hijau sbb aku mmg suka mkn sayur kangkung & bayam..cuma pegaga tu aku kena blend la kot..tutup hidung & telan..huhu..kalau boleh nak jugak mencari buah delima..tapi aku jenis tak reti nak makan delima..aku tak dpt telan biji delima tu..so penatla nak buang satu2 biji. kerang? boleh dikatakan hari2 aku mkn char kuew tiaw kerang tp nurse ckp portion kerang kena 20 biji sehari br ckup. so, lepas ni kena beli & rebus pastu mkn dgn sos..sedap jugak tu. wateva la asalkan HB aku naik balik dan kekal bacaan cantik.

actually ada je solution utk HB ni mcm disarankan oleh nurse tadi. Iberet Folic. boleh naikkan HB dgn cepat. tapi setelah di google sbntar td, aku jd fobia sbb side effect iberet folic lebih kurang sama dgn zincofer iaitu pening dan muntah. that's why aku tekad guna cara semulajadi utk bantu naikkn HB dlu. 

sebut pasal sayur kangkung ni kn..fuhh sayur feveret aku tu..cuma seminggu dua ni aku x sempat nk masak bwk bekal sayur kangkung. td, balik dari klinik aku pergi hardware beli batu bata utk buat batas nak tanam sayur kat belakang dapur. dah susun batu bata tu tinggal nak masukkan tanah dan mula bercucuk tanam je..apa2 pun aku pentingkan kekemasan dan kebersihan. jd terpaksa bersihkan kawasan sekeliling supaya aku rasa happy je bercucuk tanam disitu. pasal bunga dah hampir selesai. tinggal lg nak racun rumput area yg aku taknak ada tumbuh rumput je..sbb lepas ni aku nk letak batu sungai disitu..hrp2 nanti bila dh boleh kutip hasil tak payah lg aku susah2 nak beli sayur kat pasar. boleh terus kutip belakang dapur je. target aku sayur2 feveret je dlu. 

oleh kerana aku ni mama bekerja & full time jugak jg anak ksayangan tu, aku kena kuat dan bertenaga..tp okay je klu nk ponteng keje skali skala..aku tak mkn gaji buta ok sbb ni business aku sndiri tp sbb ada nya rasa tanggungjawab aku kena terus kuat. kesihatan kena diutamakan. sebelum ada masalah baiklah kita cuba cegah dulu kan. 

ok bye..nanti klu HB aku naik aku update lg..hrp2 naiklah..






You Might Also Like

0 comments