30th bufday
00:03Helo hai..nampaknya setahun sekali aku update blog ni..eihh ok lah dr xde lngsung update kn or perangai x senonoh aku dlu suka delete2 blog..sia2 je aku kumpul followers pastu aku sndiri yg larikn diri..no more!!..itu aku yg dlu..pengecut..takut pd bayang2 sendiri..sekarang aku dh lain..lebih matang barangkali..suka duka jatuh bangun mmg banyak berikan aku kekuatan..tahun ni dh masuk tahun ke3 aku dlm perniagaan ni..
BUSINESS
Dua tahun yang lalu aku mula masuk dlm dunia perniagaan. Orang mcm aku ni, ramah tu mmg la ramah tp kurang keyakinan diri..aku dulu selalu jd backstage person..suka buat keje blkg tabir..x suka show off..malu nk bdepan dgn org..takut itu takut ini..nk jd org business mcm mana, nak mention harga kat customer pun agak2 takut customer fikir itu ini..bila buat satu2 projek takut dengan mistake dr projek tu..pendek kata tak berani amik risiko..dua tahun aku belajar banyak sangat menda..mentor aku klu bab sales iaitu mr.hubby aku sendiri..diakn org kelantan..orang cakap orang kelantan ni pandai berniaga..mmg tak dinafikan jugak lah..dia mmg selamber je..cakap mmg tak segan..promote baik punye..so, dari situ perlahan-lahan aku belajar..yakin diri..kena berani.
Bab operasi business pulak.. Satu harampun aku tak tahu pasal business aku ni. Dan ianya bukan hobi aku..semuanya bermula dari hobi mr.hubby. Aku pulak tak pernah amik tahu pasal hobi dia ni..lepas habis belajar dulu ada juga lah aku usha2 keje kat area kota bharu ni tapi malangnya beberapa interview aku pergi semuanya reject..dh xde rezeki aku kn. Tak guna lah result ko first class pun kalau dh xde rezeki nak buat macam mana kan..aku redha..hubby ada juga suruh aku pergi merantau ke luar kelantan untuk cari keja yg sesuai dgn degree aku tp aku tak nak sbb aku tak nak lagi hidup berjauhan dgn dia dan anak aku..jadi aku menyahut cabaran mulakan perniagaan walaupun perniagaan itu dtgnya dari hobi mr.hubby..takde hal lah aku boleh belajar.. Dengan rasminya kami mulakan perniagaan kami pd february 2014. Dua bulan pertama adalah waktu yang paling struggle pada aku sbb waktu tu lah aku kena belajar teori, teknikal dan customer service. Aku pulak tu yg jaga kedai ni sorang-sorang. Sikit2 wassup mr.hubby. Tp paling bnyk aku buat research kat internet.
Benarlah orang kata “belajar dari pengalaman”. Dua tahun ni lah waktu aku kenal kekuatan dan kelamahan perniagaan, market share dan macam2 lagi lah business strategy. Mujurlah kami masih lagi bertahan walaupun adakalanya kami jatuh. Tahun 2016 ni pula adalah tahun yg dikatakan paling mencabar. Aku harap kami tetap kuat dan praktikkn apa yg telah kami belajar dari tahun2 yang sudah. Few days ago, akhirnya aku punya kekuatan untuk publishkan website company aku yg telah lama tersimpan “mujur x jd pekasam” huhu..yelah aku ni jenis semua nk perfect..semuanya aku buat sorang. Mana sempat.
Free2 singgah lah yer www.petadmire.comdan facebook kami www.facebook.com/aqaquatic / www.facebook.com/petadmirenk tahu apa sebenarnya business yg aku buat tu boleh kesana yer..mls nk cerita pnjg kat sini..
LIFE
Tahun ni usia aku dah cecah 30tahun. Dulu kononnya umur 30tahun nak ada Phd. Berangan kan..haha.. takpe, Allah S.W.T bagi hadiah lg tak ternilai untuk aku. Tahun ni in shaa Allah kami dikurniakan zuriat ke-2 yg aku tunggu2 setelah hampir 2thn berusaha dan berdoa. Alhamdulillah. Semoga kehadiran cahaya mata ni dpt mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan kami. Doakan aku dan baby selamat yer.
Diusia ni aku nak mulakan hobi baru. actually aku dh mulakan pun cuma takde lah bersungguh. Aku nak tanam bunga rose dan bunga melur. My feveret flower. Dulu aku mmg haram lah nak sentuh tanah. Apapun tak aku ni. Maklumlah anak bongsu. Masak pun tak. Adik beradik aku yg lain semuanya terer masak aku je yg fail. Sbb bab masak mak dan yg lain2 manjakn aku dgn masakan mereka.hehe.. dh kahwin pn mr.hubby aku bnyk juga ke dapur..ehh dia kena redha lah sbb sblum khwin dia dan family dia arwah mak dh ckp "anak sy ni tak pandai masak"..tak tahu lh kenapa mak nak jugak aku kahwin wlupun dh tahu aku xreti apa..ehh lupa mak dh pergi pn sbb tu mak nk cepat2 lepaskn tanggungjwb dia pd mr.hubby..sib baik mr.hubby aku romantik di dapur..bab lain jgn hrp la nk romantik2 wish bufday aku pn tak..nyampah..hahaha aku redha..tp bermulanya tahun ni dgn ekonomi negara dan keluarga yg xdpt dijangka ni aku nk start masak bawak bekal gi keje. Lagipun kat area aku ni susah nk dpt lauk feveret aku. Jenis2 bgulai dan berlemak je. Tahun ni jugak aku dah mula uruskan anak aku sepenuhnya. Kalau dulu nenek dan atuknya yang banyak jaga dia. Tahun ni aku tekad nak jaga dan busykan diri aku untuk dia. Aku tak nak susahkan sesiapa lagi. Nak belajar berdikari.
Rose pink tu rose pertama aku tanam dan sebagai experiment. dh dua kali berbunga. agak meriah jugak la..ni gmbr 4 hr lpas..hari ni bnyk lg kuntum2 yang mekar. aku actually guna baja yg aku beli dgn kakak aku dan ikut step by step yg dia ajar. so, apa lagi ter excited la aku bila rose ni menjadi. tgok lah klu sempat esok lusa nk gi tmbh spesies2 rose utk experiment kedua. semoga aku bjaya.. ohh, yg bnyk2 tu rose jepun. tu hobi sampingan je. takleh nk hrpkn sgt rose jepun sebagai penyeri hati sbb dia berbunga kejap je time aku xde kat umah pulak tu..
Ok sebagai kata penutup, Aku nk wish to myself a very happy bufday yg ke 30.. Semoga impian aku jadi kenyataan. Jgn pernah takut untuk bermimpi..
and thanks to GSC utk 2kpg free ticket on my bufday..tp xde movie best lak january ni & kitorang klu kbetulan ke penang br leh layan movie..tgoklah klu kbetulan kitorang ada business trip boleh ar layan movie jap..
Ok guys, semoga aku terus istiqamah mengupdate blog yg tak seberapa ni..salam syg dari aku..
0 comments