CINTA

08:46

-kata-kata yang sering menghantuiku :-

“u tidak mampu dicintai dan mencintai” ucapan seorang kenalan

“orang yang jarang kena tipu nih, lau kena tipu teruk terus” pesanan seorang abang



:-kata-kata yang sering ku pegang:-

Kita tak semestinya bersama dengan orang yang kita cintai, jadi cintai lah diri kita melebihi dari dia.



:-sedikit coretan dari seorang teman (yg prnah seketika mngenaliku namun tidak tahan denganku lalu dia blah..hikhik..dan ini antara cebisan research gilaku yang berjaya aku kutip dari nya:-



SAYANG


1. Sayang ialah perasaan yang sukar digambarkan, tapi semua orang ada perasaan sayang


2. sayang itu kegilaan pada sesuatu yg tiada bandingannya


3. sayang adalah perkataan yang senang nak diucapkan, tetapi sukar untuk dilaksanakan.


4. Hanya mereka yang ikhlas jer yg akan berjaya tunaikannya


5. sayang adalah pengorbanan yang paling tinggi…sanggup berkorban apa saja demi orang yang disayangi.


6. sayang mmg susah nak di cari, tetapi kalau sudah ditemui susah juga untuk dipeliharai…


7. sayang biasanya akan datang bersama-sama dengan rindu, biasanya orang akan rindu pada orang yang disayangi apabila berjauhan, dan bila berdekatan, tak akan menyakiti hati orang disayangi.


8. apabila saya menutup mata, saya akan terbayangkan rosy, n apabila saya buka mata, saya x sabar nak jumpa rosy…itulah sayang!


9. sayang bukan datang dipaksa, tapi datang dengan rela…kadang2 kita x sedarpun perasaan yang ada tu adalah perasaan sayang.


10.Orang yang sayang pada orang lain, biasanya akan tersenyum apabila teringatkan orang yang disayanginya ataupun ketika melihat gambarnya di dinding…


11. Perkataan sayang itu biasa, tapi perasaan sayang itu berharga rasa bahagia, biarpun sengsara…tapi bukan mengsengsarakan orang yang disayangi


12. sayang adalah satu janji dan ikrar kesetiaan…hanya yang membenci akan memutuskan kesetiaan…


13.sayang x kenal jarak dan tempat, sayang hanya kenal rindu dan senyuman


14.sayang akan selesa dengan apa sahaja…x kisah bila, dan di mana…


15. sayang akan datang bila2 masa sahaja…x perlu tetapkan masa, bila perlu mula sayang, dan bila perlu berakhirnya sayang…


16.sayang bukan mementingkan diri sendiri, tapi sayang adalah berkongsi kegembiraan dan kedukaan..


17. kesimpulannya sayang adalah kisah cinta jefri (bkn nama sbnar) dan Rosy



"jenuh budak ni nk carik smpi 17 maksud sayang..errr jgn marah ye awk...mntak2 la bdak ni x terbaca entri ni..mampus aku..hehehehe"




CINTA


Cinta itu, cahaya sanubari dan juga fitrah manusia sebagai insan yang dikurniakan ilahi. Cinta tidak akan meminta, tetapi cinta memberi dengan sepenuh rela…semua yang dilakukan adalah kerana cinta…sudah tidak apa yang difikirkan melainkan cinta…yang pahit manis dirasa..cintalah biasanya yang akan merawat duka lara dan mendamaikan jiwa…mudahnya, cinta akan datang kalau adanya kasih sayang…maknanya, cinta hanya akan wujud antara jefri (bkn nama sbnar) n Rosy…

I LOVE YOU!



beza sayang dan cinta

Saturday, February 4, 2006 9:31 AM

From: XXXXXX




BEZA SAYANG DAN CINTA


Kalau nak diikutkan dari segi istilah, cinta maknanya perasaan sayang kepada sesuatu, sayang pula maknanya mencintai sesuatu…( ambil dr kamus dewan ), memang betul kata awk cinta adalah sukar untuk dilafazkan, tetapi orang yang melafazkan cinta tidak semestinya berada hanya di mulut sahaja dan tidak semestinya dia tidak bercinta dan orang yang tidak melafazkan cinta pun mungkin dia tidak bercinta pun, mungkin kerana takut untuk melafazkannya ataupun tidak akan melafazkannya…bagi saya, sayang dan cinta itu sama, tidak ada bezanya melainkan ungkapannya sahaja. Sebab kita tidak akan bercinta kalau tiada perasaan sayang, dan begitu juga sebaliknya…apa jua tindakan orang yang bercinta bolehlah kita simpulkan kerana perasaan sayang yang dimilikinya. Contoh, sanggup melakukan apa sahaja terhadap orang yang dicintainya adalah kerana sayang pada orang yang tercinta. Apapun, sebenarnya terpulang pada mana2 individu untuk mentafsirkan sayang dan cinta, tapi bagi saya sayang dan cinta tetap sama…bagai irama dan lagu...tidak dapat dipisahkan…malah kalau hilang salah satu drpd perkataan itu, tidak mengapa sebab satu lagi perkataan yang wujud masih membawa erti yang sama. Yang penting bukan perbezaan pada maknanya, tapi persamaan dalam menunaikan sayang dan cinta.




"eihh seme ni xde kna mngena tau ngan diri i skrg..xde maknanya..skrg jiwa raga i milik hubby i jer..huhuhuhu...saja xde keje nk gak paste mnda ala ni kat entri br....bgus ni good research.." hahaha...

You Might Also Like

2 comments

  1. thnks visit my blog... boleh ja nak ajar ( mcm la terer sangat)

    comment pasal entry ni: ekk pasal cinta??..tak pandai comment

    ReplyDelete
  2. tul ni sy serius nk blaja...awk pki nikon or canon...sy nikon...

    huhu x yah comment kot...sy gatai nk ltak entri tu...xde ape makne pon..just info apsal cinta tuk org yg sdg bercinta...

    ReplyDelete