1000 impian mampukah terlaksana

03:26


Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Di buai alam mimpi



Semua orang mempunyai impian. Ada yang ingin menjadi kaya ada yang ingin menjadi orang bijak pandai. Aku pasti ketika dibangku sekolah lagi cikgu sering bertanya.
“bila besar nanti, kamu nak jadi apa? ”
Hrmm aku pasti jawapan murid-murid antaranya; doktor, peguam, jurutera, arkitek, angkasawan, guru dan macam-macam lagi. Yang pasti semua orang mempunyai impian. Kanak-kanak pun dah pandai menanam impian. Hampir semua orang mengimpikan yang terbaik dalam hidup masing-masing. Namun adakah anda mencapai impian anda. Impian ni pelbagai. Bukan hanya impian memiliki karier yang tiptop je. Kalau budak-budak kecil mungkin mereka mengimpikan sebuah permainan video. Ada juga yang mengimpikan berkahwin dengan orang kaya macam dalam filem pisau cukur. Bagi aku impian bergantung juga kepada kemampuan. Taraf hidup dapat membezakan bagaimana pantasnya impian seseorang itu menjadi nyata. Sebagai contoh; si A anak orang kaya. Si B pula orang yang berpendapatan sederhana. Impian mereka ingin bercuti mengelilingi dunia. Dah sah-sah si A ni dulu yang dapat melunaskan impian dia kan. Bagi aku sesuatu itu menjadi lebih bermakna bila kita payah untuk melakukannya. Bila kita berjaya mencapai sesuatu yang kita inginkan, aku yakin ianya lebih bermakna.
Impian seharusnya diiringi dengan usaha yang berterusan. Bermimpi bagi aku bagus. Impian boleh dijadikan sebagai puncak kejayaan yang harus kita genggam. Sebagai contoh, dalam aktiviti mendaki gunung, puncak gunung dijadikan simbolik kejayaan. Gembira bukan kepalang bila sampai dipuncak. Alang-alang berpenat keringat biarlah sampai kepuncak. Namun tanpa aku sedari, puncak gunung hanyalah simbolik kemenangan dan kejayaan. Kenangan dan pengalaman lebih tertumpah pada kesakitan, keperitan dan lelah disepanjang pendakian dan bagaimana kepayahan membawa kepada kejayaan.
Percaya tak, impian tak pernah habis. Masa kecil kita impikan itu dan ini. Impian menjadi lebih kreatif bila usia kita meningkat. Dari satu hal ke satu hal yang lain kita tanamkan impian. Kadang-kadang kita tak sedarpun impian kita sudahpun terlaksana. Malah mungkin lebih dari yang kita impikan. Lalu kita tamak mengimpikan yang lain pula. Sampai satu tahap kita rasa impian kita kecundang. Kita gagal. Tapi sebenarnya kita tak sedar yang tidak kita impikan hadir dalam hidup kita. Yang terjadi mungkin lebih baik buat kita. Kita hanya mampu merancang dan tuhan lah yang menentukan segalanya. Kita sepatutnya redha apapun yang terjadi pasti ada rahmatnya.
Jadi teruskan bermimpi ye kawan-kawan..huhu

You Might Also Like

1 comments

  1. mengejar impian tanpa usaha yang jitu tak membawa kesan juga..

    (^^,)

    ReplyDelete