cukuplah kau sekadar sejarah wahai masa lalu

08:56

Desir angin berlagu sayu. Tiba-tiba aku dihujani rasa rindu. Bukan salahku cuba menghayati peristiwa lalu. Kenangan itu datang menyapaku. Satu persatu kenangan menerpa. Apa salahkah aku menguntum senyum…ohh angin bawalah aku pergi seketika melewati hari-hari itu. Namun tak harus aku pulang ke masa lalu. Kerana sejarah tetap kan jadi sejarah. Tak mampu aku ubah. sudah dewasapun aku hari ini. Pastinya aku bukan lagi remaja biasa. Perlu kuat, yakin dan tabah. Itulah diriku kini. Kerana dunia ini sedang hebat menguji ketahanan aku. Aku memang kena kuat. Kuat untuk hidup lebih sempurna. kuat untuk senyum lebih lama. Benar, aku harus memandang pada masa depan. Semalam itu hanya bisa membuat aku lemah. lemah yang mampu merebahkan. aku sedar, memang semalam aku lemah. Aku langsung tidak menyedari susahnya hidup dan mencabarnya dunia dan sekarang aku yakin untuk melawan. Melawan rasa lemah yang sekian lama mengalir dalam darah mudaku yang semakin meningkat usia. agar sempat aku mengejar masa yang pantas. Malah aku juga kena lebih kuat untuk mempertahankan hidup. Hidup yang lebih sempurna. Hidup insan-insan disekelilingku terutama yang bernama ahmad luqman nurhaqeem..cinta yang membuat aku gila. biar..biar..biar semangat aku menggila dan rakus..rakus menongkah arus..mengubah segala kelemahan dan kekurangan yang selama ini membuat aku tunduk..demi cintaku..demi kehidupan..demi masa depan..


~IKON MASA DEPANKU~










You Might Also Like

0 comments