Ekspedisi Stong dan Ayam bersama student USM Kampus Kesihatan

00:37

Official baju exp kali ni
Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi..kali ni bas aku naiki tiba agak lewat di kota bharu. Agaknya disebabkan hujan disepanjang perjalanan barangkali. Hujan mula turun lebat sebaik saja aku turun dari bas. “wah, terukla program ni nanti” desisku dalam hati. Hubby pun dah sedia menunggu aku ditempat bas berhenti.
Sesampainya di rumah, aku hanya mampu packing bag dalam masa kurang dari satu jam. Jam 8.30 pagi aku dan hubby dihantar  ke USM oleh kakak ipar. Sampainya di sana. Semua rakan ekspedisi telah sedia berkumpul di dalam dewan menanti perasmian program yang akan disempurnakan Pengarah Kampus USM. Bertemakan “Eksplorasi Alam Memulihara Keindahan Hutan Simpan Dabung”, ekspedisi ini adalah yang teramai sepanjang penglibatan aku dalam aktiviti mendaki gunung sebegini. Ekspedisi kali ini terdiri daripada 75 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan staff HUSM sendiri. Walaupun sudah berulang kali aku mendaki gunung stong dan ayam, namun bila diajak untuk mengikutinya lagi, aku tetap tidak menolak. Mungkin kerana rindu aku pada hutan. Sejak berkahwin, aku jarang lagi mengikuti ekspedisi. Macam-macam alasan dan komitmen aku pada pengajian aku di universiti.

Puncak gunung adalah satu reward ibarat dapat A exam tp yg paling indah adalah pengalaman disepanjang pendakian..

Bas kami bertolak lebih kurang jam 10 pagi dari HUSM dan tiba di kaki gunung stong iaitu di Stong Hill Resort pada lebih kurang jam 12 tengah hari. Setelah selesai membuat persiapan terakhir dan mendengar sedikit sebanyak taklimat dari guide, kami pun memulakan pendakian. Pada pandangan aku, jumlah peserta yang terlalu ramai menyebabkan pendakian menjadi agak perlahan. Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan yang di dalam satu kumpulan terdiri daripada 10 orang. Guide juga terdiri daripada 6 orang kesemuanya. Antaranya, Eyie, adik yo, uncle lan dan yang lain-lain.

 

Kenangan tahun 2007..al-fatihah tuk sahabatku yg hujung sebelah kanan..


Trek ke Baha’s Camp juga agak teruk disebabkan hari hujan. Trek berselut membuatkan pendakian menjadi makin perlahan. Sudah ada yang jatuh akibat trek yang licin dan barangkali pada yang baru mendaki, ada yang memakai kasut yang tidak bersesuaian. Kami tidak dibenarkan untuk melepasi group yang berada di depan sekali lagi membuatkan pandakian menjadi semakin membosankan.
 

En.Hubby sdg asyik menjamah burger...

Lebih kurang jam 6 petang, akhirnya kami tiba di Baha’s Camp. Sekali lagi kami terpaksa menunggu kesemua kumpulan tiba, barulah kami dibenarkan memasang fly dan khemah masing-masing. Sewaktu memasang khemah hujan renyai-renyai. Pada yang baru pertama kali mendaki, keadaan sedemikian membuatkan mereka tidak selesa.

Setelah selesai memasang khemah dan fly, kami terus menyediakan juadah malam. Kali ni, Gee dan Iera serta beberapa pelajar mengambil bahagian dalam menyediakan juadah malam. Biasanya hubby aku yang masak. Kali ni lain pula ceritanya. Hah, keputusannya, nasi hangus. Terdengar nyaring ketawa Gee diikuti rakan-rakan lain. Aku hanya duduk mengambil gambar-gambar. Kami tidak lepak lama disitu. Setelah selesai makan malam, kami terus masuk khemah untuk tidur. Tenaga yang banyak diperlukan pada keesokannya. maklumlah dah lama tak mendaki..

HARI KEDUA..



Seawal 6.30 pagi, kami mula bangun dan packing beg dan mengemas tapak perkhemahan. Ada yang menyediakan sarapan untuk membekalkan sedikit tenaga pada setiap ahli kumpulan kami. Lebih kurang jam 9 pagi, kami mula meninggalkan Baha’s Camp dan pendakian yang lebih ekstrem pun bermula. Trek berselut yang licin memaksa kami memperlahankan pergerakan takut jatuh dan mengakibatkan cedera. Sedangkan perjalanan masih jauh. Pak Cik Lan selaku guide kami sentiasa menunggu ahli-ahli kumpulan kami supaya tidak tertinggal jauh dibelakang. Maklumlah, kali ni ekspedisi disertai rata-ratanya ahli baru yang belum punya pengalaman dalam mendaki gunung. Kami berhenti rehat di setiap 1 jam pendakian. Lebih kurang 3 jam pendakian, kami pun tiba di sungai rantai dimana di situ kami dibenarkan untuk rehat seketika dan mengambil air bagi meneruskan pendakian.

Dari sungai rantai, kami menuju pula ke kem balak. Perjalanan dari sungai rantai ke kem balak tidak lah terlalu mencabar. Ini kerana treknya yang mendatar Cuma memakan masa dan hanya sekali sekala mencanak. Yang pastinya dari stong hill resort sampai lah ke kem balak, kami hanya mendaki melalui jalan balak lama. Jarang sekali gunung yang aku daki tidak melalui jalan balak. Namun jalan balak ini sudah lama ditinggalkan. Ianya sudah dipenuhi dengan pokok resam yang tajam. Pada yang baru mendaki, mereka mungkin tidak sedar, jalan balak ini suatu ketika dulu digunakan oleh lori-lori untuk mengangkut balak. Namun setelah tiada lagi hasil balak yang diperlukan, jalan ini ditinggalkan.

Dari kem balak ke kem sungai baha, kami mula melalui permatang. Tiada lagi jalan balak. Suasana rimba mula terasa. Trek yang berakar memerlukan kami berhati-hati mengatur langkah. Penat mula terasa. Hampir 3 jam perjalanan akhirnya kami tiba di kem sungai baha. Disitu adalah punca air terakhir sebelum kami tiba di sungai spring. Di kem sungai Baha, aku dibayangi kenangan lalu bersama rakan-rakan pada pendakian pertama aku tahun 2006 dahulu. Tersenyum aku seketika disaat kenangan lalu menerpa. Riuh suara teman-teman masih kedengaran. Mungkin pendakian kali ini tidak lah seindah kenangan dulu. Barangkali ahli ekspedisi yang terlalu ramai membuatkan kami tidak sempat pun berkenalan.



Kem Sg. Bogor

Setelah selesai makan tengahari, kami mula meneruskan pendakian ke puncak gunung baha. Aku tidak pasti sejak bila puncak baha diangkat status sebagai gunung baha. Namun dari puncak baha, kami dapat melihat puncak ayam. Tidak lebih dari 3 jam pendakian, kami tiba di gunung ayam. Sesampainya di gunung ayam hujan turun mencurah-curah. Aku mula kesejukan ditambah pula perut yang lapar. Lalu aku dan gee berselindung di dalam plastik sampah sambil makan coklat bagi menghangatkan badan. Sudah hampir maghrib, barulah hujan berhenti. Saat itu, aku dan kawan-kawan mula menukar pakaian kering dan menghangatkan diri masing-masing dibawah fly. Cuaca dipuncak ayam barangkali mencecah 8 degree waktu itu ditambah lagi angin yang menghebus kuat memasuki ruang-ruang fly. 

HARI KETIGA....

Jam menunjukkan 6.30 pagi. Masing-masing bingkas bangun untuk menyaksikan matahari terbit. Namun, kali ni aku tidak berminat untuk mnyaksikannya. Barangkali rasa rimas dengan peserta lain yang ramai. Tidak rasa ketenangan seperti dahulu.

bergambar kenangan di puncak gunung ayam
Jam 8 pagi, kami mula meninggalkan tapak perkhemahan ke puncak ayam untuk acara bergambar sebelum bergerak meninggalkan puncak ayam menuju ke gunung stong pula. Tidak seperti 6 tahun dahulu, pendakian kali ni ke gunung stong tidak lah sejauh dan sepenat dahulu. Aku dimaklumkan waktu 2006 dahulu, trek short cut ke gunung stong belum dijumpai. Trek kali ni ke gunung stong hanya memakan masa kurang 4 jam. Sangat jauh berbeza jika dibandingkan dahulu. Kami melalui trek lembah. Lebih kurang jam 1 tengahari kami mula tiba di puncak stong. Peserta ekspedisi tidak melepaskan peluang untuk bergambar di puncak stong. Kami tidak lama di puncak stong. Oleh kerana puncaknya yang sempit, kami terus meninggalkan puncak stong turun ke kem sungai bogor. Perjalanan turun tidak menggunakan banyak tenaga namun cukup untuk membuatkan kaki melecet dan kami perlu berhati-hati dengan trek berbatu yang licin. Lebih kurang 4 jam perjalanan turun, akhirnya kami tiba di kem sungai bogor. Di situ, kami menyediakan juadah tengahari. 

Arwah selamat diturunkan dari kem sungai bogor
Namun tidak sempat menghabiskan maggie yang dimasak, selera kami diganggu dengan satu peristiwa. Salah seorang dari ahli ekspedisi kami telah menjumpai mayat seorang pelajar yang didapati hilang sehari sebelum kejadian. Suasana menjadi kecoh seketika. Aku tidak memilih untuk menyaksikan mayat yang dikatakan terbaring dalam air kerana risau ianya mengganggu emosi aku untuk perjalanan seterusnya yang masih berbaki 3 atu 4 jam. mayat itu dijaga oleh guide. kami tidak berhenti rehat disitu. bimbang kami tiba lewat di kaki gunung, kami pun meneruskan perjalanan turun tanpa menunggu group2 lain..walaubagaimanapun trek licin sekali lagi melambatkan pergerakan kami. terdapat juga pelajar yang cedera membuatkan kami terpaksa bergerak lebih perlahan. beberapa jam perjalanan turun, akhirnya kami tiba di stong hill resort dalam keadaan kehausan kerana masing2 tak mahu mengambil air dari sungai kerana masih terbaang mayat di kem sungai bogor tadi...jadi berakhirlah sudah sebuah ekspedisi..terima kasih diatas kerjasama semua ahli dan semoga kita jumpa lagi..


*sorry la klu ada yg menantikan entri ni..benar2 malas skrg nk update..ni pn abis short citer dan sekadar menulis yg tmampu..




You Might Also Like

0 comments