menang idea

06:22

Ramai diantara kita hari ini punya idea hebat baik untuk bisnes dan apa-apa saja dalam kehidupan. Namun tidak ramai yang menggunakan idea-idea yang hebat itu untuk diri mereka sendiri ataupun melaksanakannya sedangkan idea-idea bernas itu punyai potensi besar untuk maju. Kenapakah begitu? Adakah kerana kurangnya keyakinan dan berasa takut idea itu tidak cukup bagus, malu jika gagal melaksanakannya atau kerana malas merealisasikan idea berkenaan yang memerlukan sedikit kegigihan. Kerana kurangnya yakin diri dan rasa takut, idea-idea hebat ini banyak kali dieksploitasi oleh orang lain. Idea-idea ini haruslah kita laksanakan dan jangan hanya menang menyumbangkan idea-idea yang hebat-hebat tapi tidak berjaya menggunakannya sebaik mungkin..tahukah anda idea adalah tinggi nilainya..kadangkala dengan idea anda contohnya idea bisnes orang lain boleh kaya raya berbekalkan idea berkenaan tapi kita? Mereka takkan bayarpun royalti untuk idea yang kita berikan. Jadi nasihat aku untuk anda dan juga diri aku sendiri gunalah sebaik mungkin idea hebat yang kita ada tapi dalam bentuk pelaksanaan yang mantap. Tidak salah memberikan idea untuk orang lain tapi diri sendiri juga perlu diutamakan. Jom keluar dari belenggu rasa malu yang tak bertempat, rasa takut yang tak patut dan rasa kurang yakin dengan kebolehan diri sendiri.

:- manage your talent wisely

You Might Also Like

2 comments

  1. btol tu... ehhh.. awk bleh jd motivator la... hee

    ReplyDelete
  2. pengalaman sendiri je..huhu..btw, sy hrp sy akan bjaya mengubah diri sy terlebih dulu..lebih dr biasa..cehh.. :)

    ReplyDelete