Welcome to da world my lovely boy.....

11:18

PhotobucketSudah lebih 2 malam tidur aku tak lena..setiap hampir 5 minit aku mengerang kesakitan. Mulutku tak lepas dari membaca doa-doa dan tasbih kepada Allah S.W.T. oh tuhan, belum pernah ku mengalami sakit sebegitu. Sering terfikir, adakah hari itu hari terakhir buatku. Sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. aku menunggu suamiku datang waktu melawat. Terasa sedikit ringan beban sakit bila suamiku berada disisi. Hari tu aku dah tak lalu makan. Terasa nak memuntahkan balik makanan yang ditelan. Namun aku cuba juga menelannya takut aku kehilangan tenaga sewaktu di labor room nanti. Waktu tu bukaan rahim aku hanya 3cm. Nurse memaklumkan bahawa labor room penuh. Kalau ada bilik yang kosong baru lah aku akan dimasukkan ke labor room. Oh tuhan, tak sanggup rasanya menahan sakit. Semakin kuat rasanya. Dah tak tertanggung. Jam menunjukkan angka 2 petang. Ada seorang nurse membawa aku ke labor room. Aku terus menghubungi suamiku. Suamiku menunggu aku disisi. Doktor terus memecahkan air ketuban agar bukaan rahim lebih cepat. Menurut doktor, setelah air ketuban dipecahkan, lebih kurang satu jam masa yang diambil untuk rahim terbuka 1cm. Oh tuhan, aku rasa lemah je masa tu. Memandangkan aku terpaksa menanggung sakit tu lebih kurang 5 jam lagi. Waktu tu bukaanku dah 5cm.Tapi doktor terpaksa menunggu 10cm bukaan barulah aku boleh melahirkan bayiku dengan selamat. Baju suamiku bagaikan mahu terkoyak ditarikku tika sakit menyerang setiap 5 minit. Sakit terasa makin kuat. Walaupun aku dah banyak menyedut gas pelali namun tetap rasa sakit. Bukan itu je, aku juga diberi suntikan ubat tahan sakit. Namun, sakit tetap aku rasakan. Alhamdulillah, dalam kesakitan tu aku masih mampu bertasbih dan membaca doa-doa serta aku tak lupa untuk mengucap. Sekali sekala doktor datang memeriksa keadaanku. Kata doktor beliau akan datang memeriksa keadaan aku lagi dalam jam 8 malam. Ya Allah, lambatnye. Terasa nak meneram je. Namun, aku tahu itu membahayakan bayiku. Menjelang jam 7 malam. Ada seorang doktor datang memeriksaku sambil memberikan suntikan tahan sakit. Doktor tu kata, kalau awak rasa sakit sangat meneram je. Nanti mudah sikit bila jalan dah buka. Apalagi, bila je sakit tu datang, aku meneram je. Lebih kurang 2 atau 3 kali, aku terasa lain macam je. Rasa macam bayiku dah nak keluar. Tapi memang lega sikit rasa sakit bila meneram. Aku suruh suamiku panggil doktor. Bila doktor periksa. Katanya dah nampak uri dan rambut. Bayiku dah sedia nak kuar. Beberapa doktor terus menyediakan proses untuk mengeluarkan bayiku. Dengan 2 kali nafas yang berterusan, tak sampai pun 5 minit terdengar tangisan si kecilku. Aku bagaikan tidak percaya semuanya secepat itu. Tanggal 11 jun 2010 jam 7.40 malam lahirlah putera mama yang kuberi nama Ahmad Luqman nurhaqeem. Bayiku yang masih basah dilatakkan didadaku agar sikecil tenang mendengar jantung ibunya seperti didalam rahim lagi. Suamiku mengazankan bayiku. Setelah itu kami dipisahkan sementara bayiku diuruskan nurse yang bertugas dan suamiku pula sibuk mengambil barang-barangku di wad. 15 minit kemudian, bayiku diserahkan kembali padaku dibilik rehat sementara menanti dihantarkan ke wad staf HUSM. Aku terpaksa menunggu sehingga pukul 9 malam kerana waktu tu pertukaran shift. Aku terus menyusukan bayiku dengan susuku. Memang comel sikecil itu. Sungguh pandai dia mencari-cari mana susunya. Indah terasa duniaku. kini segalanya berubah. Aku sudah masuk era kedua dalam kehidupan di dunia ni. Pertama aku dah jadi isteri orang. Kedua, aku dah punya zuriat sendiri hasil pernikahan kami. Masa berlalu begitu pantas. Kini aku bergelar mama kepada sikecilku. Mama tak harapkan apa-apa dari kamu sayang. Mama cuma doakan kamu lahir kedunia ni dengan selamat dan sempurna akan sifatmu. Kini mama berjanji akan membesarkan kamu dengan sebaik mungkin walaupun kita terpaksa berpisah nanti sementara mama menghabiskan degree mama jauh di Melaka...mama akan merindui kamu sayang. Kamulah insan teristimewa dan paling mama cintai....

You Might Also Like

0 comments