j'ai un bebe..ill est Ahmad Luqman Nurhaqeem..

08:21

ohh my baby!! u noe hoe mama luv u honey..more than wat i can say..more than mama luv ayah..huhu..jgn marah ye yah...9 bulan kamu mengisi rahim mama..masih terasa sakitnya dada mama bila mungkin  tulang lututmu menyesakkan ruang yang sempit. mama tahu kamu dah tak sabar melihat dunia. mama pujukkan hati bila sakit menyerang tatkala kamu hampir keluar ke dunia..mama sendiri tak sabar melihat kerdipan matamu dan tangisan pertamamu..biarpun mama masih terasa mama terlalu muda untuk mempunyai anak sendiri dan terasa banyak kurangnya darisegi persediaan mental dan fizikal, namun 9 bulan sudah cukup membuat mama berasa kasih yang teramat. do u remember syg, mama sering berbicara denganmu. mama memperdengarkan bacaan ayat suci al-quran untukmu. dan mama sering membaca surah luqman. mungkin kerana surah tu tidak terlalu panjang. dari situ mama benar-benar mendapat idea untuk menamakan kamu syg. Thanks honey, kamu menemani mama sepanjang kesunyian mama di Melaka tika mama berjauhan dengan ayah tika mama sendirian penat berjuang dalam belajar. dan hari ini kamu disamping mama dan mama disini semata-mata untukmu sayang. mama sanggup berbuat apapun demi kebahagiaanmu. andai mama harus berhenti belajar mama sanggup sayang. tapi tentulah mama takkan lakukannya walau mama terpaksa tinggalkan kamu bila tiba waktunya nanti. demi masa depan kita bersama dan masa depan adik-adikmu yang bakal menghiasi bilangan keluarga kita nanti, mama akan berkorban dan menanggung rindu yang tak dapat mama bayangkan bagaimana agaknya. demimu sayang, mama will struggle more than before...mama will fight any barriers...mama will try my best to get a better life dan pulang mendapatkan kamu kembali. u're my everything. my lov will always wif u...doa mama akan sentiasa menemani hidupmu sayangku Luqman. cintailah mamamu sebagaimana mama mencintai arwah wan (nenekmu). hormatilah mama dan ayahmu.


You Might Also Like

1 comments

  1. wah seronok jer de baby kn rosie....
    huhuhuh...aku nk jgk la tp aku rse kdg2 mcm lum bersedia..hihihiih....
    aper2 pun nnt insyaallah luqman faham n mengerti knp mama dia perlu tingglkn dia ketika dia sedang membesar..walaupun dia xmmbsr dpn mata ko hrp2 dia jd yg terbaik...best of luck...

    ReplyDelete