Menjelang Ramadan hatiku mula merinduimu

20:35


Raya 2008
Menjelang Ramadan 2010 hatiku diruntun rasa rindu kepada arwah mak yang telah pulang kerahmatullah pada 4 Ramadan tahun lepas. terasa sayu pilu mengenangkan dirimu mak. haruskah aku persalahkan diriku kerana tidak sempat bersamamu dihari akhirmu dan menemani sakitmu. sendiri kamu pergi. seolah kamu tidak mahu kami anak-anakmu melihat saat kau pejamkan mata. kakak yang menunggumu diwad disuruh kau pulang menyediakan bubur. pelukanmu terlalu aku rindu. rasa bersalah terus menghantui diriku kerana aku masih ingat kau berat melepaskan aku pergi hari tu. katamu, "mak tak puas rasa tidur ngan anak bongsu mak. jangan la balik lagi". kau cium pipiku 2 kali. tidak aku sangka mak, itu adalah pelukan terakhir sebelum dirimu pergi mengadap ilahi. aku tahu kini rinduku tidak akan berbalas lagi.pergimu tidak akan kembali. akan aku rindu sampai ke akhir hayatku. hanya padamu mak tempat aku bermanja. kau lah mak dan kau juga lah ayah buatku. kau besarkan aku penuh kasih sayang dan belaian manja walau aku juga sering didenda akibat kenakalanku.aku tahu semuanya kerana kasih dan sayangmu. kau tidak pernah menyumpah walau senakal mana diri ini. kerana katamu, kata-kata seorang ibu adalah doa. aku masih ingat mak, seringkali kau buatkan bekal makanan buatku ke sekolah. malah waktu aku sudahpun bekerja sehabisnya diplomaku 2tahun yang lalu, kau masih lagi bekalkan aku makanan ke tempat kerja. hanya kita berdua dirumah itu. aku rindu masakanmu mak. aku rindukan segalanya tentang dirimu. segala yang tak mungkin aku temui lg.segalanya yang kini tinggal kenangan. kaulah ibu terhebat buatku yang pastinya tiada yg dapat menggantikanmu. terima kasih atas jasa dan pengorbananmu. takkan dapat aku bayar setiap lelah dan derita yang kau tanggung sewaktu membesarkan aku mak.terima kasih sekali lagi kerana sanggup membesarkan aku dan memberikan aku pendidikan yang sempurna sehingga aku layak belajar di Universiti. aku tahu doamu sentiasa mengiringi perjuanganku. masih aku ingat mak, kau sentiasa berkata; "mak tahu anak mak boleh" walaupun ketika tu tak nampak langsung kemampuanku. tapi kata-katamu menjadi doa untukku. itulah berkatnya doa seorang ibu. kini aku sudahpun menjadi seorang ibu kepada anakku. aku akan membesarkan anakku sebaikmu, setabahmu, secekalmu, sebijakmu, seikhlas kasihmu dan akan ku cuba seboleh yang ku mampu menjadi ibu yang sempurna untuk anakku. dalam kepayahan hidup kau mampu membesarkan aku dan kakak2 serta abangku. kini, bagaimana payah dan sukar sekalipun akan aku tekad dan tabah membesarkan anakku. terima kasih atas pendidikanmu. kalau dulu, aku bosan mendengar leteranmu saban petang atau malam. namun kini aku sedar semuanya untuk kebaikanku dan semua itu pastinya aku rindu. semakin hari semakin jauh waktu beredar. ramadan tiba lagi. setahun telah berlalu pergi. airmata tak mampu aku tahan setiap kali mengingatkanmu namun bacaan yassin lebih beerti menandakan tulusnya kasihku..

dariku anak bongsumu yang sentiasa merindukanmu...

You Might Also Like

3 comments

  1. SABAR LA....MUNGKIN DE HIKMAH DISEBALIKNYA....CEPAT KAN MASE BERLALU....HARAP KO TABAH MENGHARUNGINYA....JADI IBU TERBAIK BUAT ANAK KO LUQMAN SEPERTIMANA MAK KO DIDIK KO...SO BANYAK BERSABAR YEK KAWAN..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..aku akn jd yg tbaik untuk dia..aku akn blaja masak sbb nk kna bekalkn dia skolah nanti..huhuhu....

    ReplyDelete
  3. aik jie, xpandai msk lg ker....
    xper2,,,slow2 bljr k....hihihihi...
    nnt biar dia plk bangga de mommy mcm ko k...

    ReplyDelete