disebalik kisah banjir 26 disember 2012

07:01

Setiap kali musim banjir maka kami selalu mendengar pengalaman banjir mak. kisah lagenda bah merah dan sebagainya..aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan yang digambarkan mak ketika itu. cerita mak, kalau hendak berlaku banjir besar ada beberapa petanda. antaranya angin yang sangat kuat dan yang paling menarik perhatian aku adalah apabila kedengaran guruh yang sahut menyahut. kononnya begini, ada satu guruh akan berbunyi disebelah sungai dan akan kedengaran pula guruh di seberang sungai yang satu lagi akan menyahut panggilan itu. maka bersiap sedia lah semua penduduk kampung untuk menghadapi musibah berkenaan. waktu kecil-kecil dulu aku sering tunggu musim banjir. memang syok kn main air sebab banjir dikampungku takde lintah dan pacat. airnya laju ibarat sungai yang mengalir tapi agak deras. Aku duk tunggu-tunggu bila banjir nak besar mcm cerita mak tu. biasalah budak-budak mana fikir susah orang tua kn..ingat nak seronoknya. 


masa menyusur laju. setelah mak pulang ke Rahmatullah, hanya raya dan peristiwa tertentu kami adik beradik akan pulang menziarahi teratak bonda itu. kakak yang tinggal berhampiran ada la juga sekali sekala menziarahi rumah tu. hari ni aku dikhabarkan banjir melanda kampung halamanku itu. malah banjir ini khabarnya luar biasa tidak seperti yang pernah aku lalui berbelas tahun yang lalu. agaknya inilah banjir seperti yang diceritakan mak dulu. banjir ni adalah terburuk semenjak tahun 1984 dimana kebanyakan kawasan-kawasan kemaman dan ada juga kawasan di bandar chukai ditenggelami air. didalam riuh rendah kanak-kanak yg suka main air, banjir begini pastinya menggusarkan perasaan setiap ibu dan ayah. mana tidaknya, mungkin ada barang-barang yang tidak dapat diselamatkan. kalau kita bandingkan dengan puluhan tahun dahulu mungkin banyak berbeza. orang-orang dulu rumahnya mana ada banyak barang elektronik seperti kita sekarang. kerusi pun rotan kot. sekarang dengan sofanya. hmm malangnya sofa dan peti ais yang terbiar begitu saja di teratak bonda kami tu pun bakal rosak ataupun sudah rosak tika ni. mana tidaknya kakak aku yang tinggal berdekatan sana tak pun menyangka akan jadi banjir besar sebegini. jadi dia plan nak masuk jenguk pagi tadi. tapi malang sekali kereta sudah tidak boleh dilalui untuk ke kampung tu. tersekat sana sini. nak mintak tolong saudara mara pun tak boleh sebab masing-masing pun sibuk menguruskan harta benda masing-masing. 

dari perintah berkurung bertukar ke perintah berpindah. sejak petang tadi, TNB dah pun menghentikan bekalan elektrik keseluruh kampung. jadi kebanyakan penduduk kampung atau mungkin kesemuanya sudah berpindah menjelang petang tadi. mengikut maklumat dari sepupuku, mereka risau air akan bertambah naik menjelang tengah malam ni kerana dikhuatiri ramalan air pasang besar bakal memberi impak yang lebih buruk. aku yang duduk beribu batu jauhnya ni pun tak senang duduk. asyik call je orang-orang disana. nak juga tahu info semasa keadaan disana. nak balik kesana nampaknya tak boleh lagi sebab jalan utama kesana ada ditenggelami air. hmmm nampaknya mendengar cerita dari jauh je la. harapan ku keadaan disana tidak menjadi bertambah buruk. semoga semuanya kembali pulih. doaku dari jauh. 


sedikit sebanyak bila tiba musim banjir begini hatiku diruntun rasa rindu. aku rindu suasana ibarat pesta air di kampung itu. bagaimana meriahnya suasana. ramai yang buat lawatan kat kampung semata-mata nak main air. ditambah lagi bila banyak pihak yang hantar bantuan banjir. tak kiralah dari pihak PAS ke UMNO ke kami rembat je..rezekila katakan..haha..don't worry di kampung inilah satu-satunya dua parti ini tidak terlalu bertelagah kerana kami semua adalah saudara. penat-penat main air, pastinya kami dihidangkan hidangan lazat oleh mak. terasa teratak bondaku kembali bernyawa. teratak yang menyimpan seribu satu rahsia. rahsia kebahagiaan dan ikatan antara kami.

okey disini saja cerita banjir dari aku..tujuan aku menulis kisah ini hanyalah untuk disimpan sebagai kenangan..banjir ini berlaku 26 tahun yang lalu..jadi terasa ingin aku simpan di blog ni sedikit kisah tentangnya..


You Might Also Like

0 comments