terbaek dari belantara

02:30

Photobucket
Scorpion Tailless

jarang jumpe binatang ni..ia dijumpai di salah sebuah gua di kompleks gua ikan Dabong Kelantan. time ni 1st time aku teroka gua..

Photobucket

ini puncak Gunung Ayam view dari puncak Gunung Stong. ni pon 1st time aku coba2 mendaki gunung..

Photobucket

ini pula dendrobium farmeri nama scientific untuk Orkid. menarik kan..Orkid ni kalau tak silap aku snap masa on da way ke puncak Gunung Ayam..

Photobucket

Kabus berapung apungan di pagi hari di puncak Gunung Chamah Perak pasti membuatkan sesiapa saja yg menyaksikannya tenang. berketinggian lebih kurang 7000 kaki dr paras laut membuatkn puncak Gunung Chamah terasa sejuknya mcm musim sejuk di oversea gitu..huhu


Photobucket
sunrise di puncak Gunung Chamah

Lumrahnya apabila disebelah malam hujan mencurah lebat bermakna inilah hasilnya. view sunrise sangat sempurna tanpa sedikitpun kabus menghalang pemandangan sebegini.


Photobucket

Dalam banyak-banyak kawasan rekreasi. aku suka kawasan rekreasi air terjun Cemerung di Dungun ni. sbb kat sini sangat bersih dan terjaga. maybe sebab kerajaan negeri ada upah makcik pakcik yang memang kerjanya membersihkan kawasan rekreasi ni kot. toilet tempat salin pakaian pun bersih. cuma air terjun ni agak bahaya bagi yang punyai anak-anak kecil. tak ada kawasan yang rendah. kalau adapun masih perlu menuruni anak tangga.

Photobucket
persahabatan terhasil dari pendakian.

Photobucket

ku sendirian menyaksikan keindahan sunrise yang pada satu ketika dulu membuat aku sangat teruja untuk meneruskan pendakian lain setelah menamatkan pendakian pertama.tapi bukan semua puncak gunung dapat menonton panorama ni. kadang-kadang terserah pada nasib jugak. kalau cuaca tak elok kabus tebal je la dapat dilihat.



Photobucket

Mentari pagi di puncak Gunung Tebu. memang gunung ni tidaklah tinggi mana jika dibandingkan dengan gunung-gunung lain yang pernah aku daki tapi gunung ni mempunyai keistimewaan tersendiri. selain dari cerita mistiknya, pemandangan gunung ni sangatlah berbeza. dari apa yang ada lihat dalam gambar diatas tu, pendaki dapat melihat panorama matahari terbit dari laut cina selatan. kalau cuaca sangat baik, pendaki juga dapat melihat kedua-dua buah pulau redang dan perhentian. menaik kan. walaubagaimanapun disepanjang pendakian sangatlah panas mungkin kerana kedudukan gunung ni hampir dengan laut.



Photobucket
Air terjun di puncak lansir Gunung Berembun

wah, melihat gambar ni rasa mcm tak sabar nak mandi waterfall beb.. ni la antara gunung yang aku daki dimana disepanjang perjalanan pendakian kami akan jumpa begitu banyak sungai. kami menyusuri sungai untuk sampai ke beberapa kem. so, apa lagi baju asyik basah je la..sampai je ke satu kem main air. ada tu, makan pun aku makan kat dalam air duk atas kayu balak sambil bg makan anak-anak ikan..



Photobucket
Kendi kera di sepanjang pendakian ke Gunung Tebu




ni pulak periuk kera. jarang aku jumpa biasanya kendi kera je. ianya lebih bulat menyerupai periuk. gambar ni aku snap masa tgh tracking ke puncak Gunung Berembun.


Photobucket

tengok unik kan ciptaan tuhan. lipan ni menyerupai warna dipersekitarannya.


P/s: gambar diatas diambil dgn kamera biasa tanpa sebarang seni fotografi.time tu x ckup duit lg nk beli DSLR..huhu..aku juga bukanlah pendaki tegar yang hebat di arena gunung. sekadar kenangan yang dapat aku kutip disepanjang hidup tatkala bergelar single dahulu..skrg bukannya tak boleh cuma tersangat banyak lah komitmennya. ini hanya sebahagian kecil gambar-gambar yang dapat aku kongsikan. mampus ar klu nk upload seme gambo..huhu

You Might Also Like

0 comments